Isnin, Mac 29, 2010
BBQ Malam Minggu
Malam minggu lepas aku wat BBQ kat rumah. Dah lame tak wat BBQ. Last buat BBQ malam raye haji tahun lepas tapi itupon dibatalkan di saat akhir sebab aku nak bersalin. Suami aku dah hidupkan api nak bakar daging kambing tapi terpaksa matikan api bila aku cakap nak gi hospital sebab cam dah kerap sangat sakit. So, ari Sabtu lepas setelah 4 bulan tak wat BBQ kiteorang pon buat ler. Saja jer suke-suke. Malam tu yang tolong meriahkan dan meramaikan lagi umat kat rumah aku adalah makbapak aku, adik aku, kakak ipar ku dan anaknye dan juga jiran selang sebelah umah aku. Suami aku ajak sorang anak murid dia untuk tolong kipas api.
Akmal & Sarah
Aizat & Sarah
Aizat, Akmal & Achik mereka
Adikku(Diana), kakak iparku & Mamaku
Papaku yang bizi melayan cucu-cucunya
Murshid, anak murid suamiku. Rajin sungguh adik ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan