Rabu, April 21, 2010

Genap 2 Tahun


Hari ini genap 2 tahun bersama kampeni Denko Group. Cepatnya masa berjalan, sedar tak sedar 2 tahun jugak aku dah bekerja kat sini. Banyak jugak ler yang aku pelajari kat sini sepanjang aku bekerja di sini. Paling ketara aku dapat develop skill aku dalam business commercial contract/agreement. Aku rase tu skill aku paling aku expert. Yelah dah tiap ari aku dok mengadap benda tu.

Aku harap sepanjang aku berada di sini aku dapat menjalankan tugas-tugas aku dengan mudah dan kalau jodoh aku berakhir bersama Denko Group biarlah dengan cara yang baik macam mana aku masuk sini dengan cara baik.

Isnin, April 12, 2010

Ayah Birthday Cake



Hari Jumaat lepas aku telah ke JJ Tebrau mengambil kek birhday suamiku yang ditempah di kedai Baskin Robbins. Saja ler pulak nak tukar selera beli kek aiskrim kat BR. Selalunya beli kek aiskrim kat Seasons. Kalau nak makan kek keju baru beli kat Secret Recipe. Kali nie tukar selera pulak try Baskin Robbins.




Ayah & Akmal potong kek.

Selasa, April 06, 2010

Hepi Besday Ayah

Selamat Hari Lahir Ayah. Ayah dah 36 tahun taun ini. Emm.. pepagi tadi Akmal bagi kad besday pada Ayah. Kelakarnye mase Akmal nak tulis kad besday Ayah , dia nak tulis ABC. Hahaha... bila Mama tak bagi Akmal tulis ABC dia dok bebel. Tak boleh ler sayang, nanti pening Ayah nengok kad besday dia jadi buku ABC Akmal.

Kek? Hari Jumaat or Sabtu baru ada sebab Mama baru tempah semalam di Baskin Robbins. Besday celebration di tangguh hingga ke hari Jumaat or Sabtu sebab kek tak de dan yang paling penting Aizat dan Nizar tak de. Dua orang beradik itu di rumah atuk mereka di Skudai. Hari Jumaat baru balik rumah. Tak best ler kalu sambut besday Ayah bertiga aje. Korum tak cukup. Apa pun Selamat Hari Lahir Sayang...