Rabu, Disember 29, 2010

Bizi, Huru Hara & Sedih

Hari ini aku baru berkesempatan mengupdate blog aku. Just nak membebel pasal minggu lepas yang memenatkan, bizi dan menyedihkan campur huru hara.

Bizi sangat sebab tergesa-gesa pulang dari kerja untuk singgah ke HSI melawat Papa yang menjadi pesakit di HSI. Sedih bila diberitahu Papa ada lung cancer :(
Hari Jumaat Doktor benarkan Papa pulang ke rumah sebab Papa menolak untuk di operat pada hari itu. Papa nak cuba rawatan tradisional. Hari Sabtu bergegas bawa Papa ke Melaka menjalankan rawatan tradisional. Papa di operat secara batin oleh tukang ubat.
Untuk mengetahui berjaya atau tidak kena tunggu 7.2.2011 sebab Papa ada appointment di HSI dan akan di x-ray. Hopefully segalanya selamat. Amin.

Huru hara sebab semua adik beradik ku pulang untuk melawat Papa dan berkampung di rumah. Hari Ahad petang semua berangkat pulang dan aku memulakan operasi mengemas rumah. Malam aku kepenatan dan keletihan. Tidur terbongkang. Segala perancangan mengedik dan bergembira di hari minggu dibatalkan kerana mengutamakan isu kekeluargaan. Memandangkan terlalu kelam kabut maka no pix, tak sempat nak bergambar.

Khamis, Disember 23, 2010

Lagi Pix Christmas Party

Jom sambung entri semalam...


We are Fantastic Star Team


Fantastic Star Team again...



Rabu, Disember 22, 2010

Christmas Party@Matterhorn Bistro

Huhuhu... entri basi. Christmas party yang dianjurkan oleh office aku telah diadakan pada 17hb Disember 2010 a.k.a. Jumaat lepas. Tapi aku baru berkesempatan nak update kat sini. Mari layan pix...

Welcome to our X'mas Party. Kite Enjoy :)


X'mas Tree@ matterhotn Bistro


Ruang masuk di Matterhorn Bistro







Aku & Dia ...


.... dan Dia jugak ahaks....


Menyelit jer aku nie. Sibuk nak gambor jugak..


Sukenye... dapat hadiah. Lucky drawn


Eh... dapat lagi hadiah. Amboi sukenye dia. Saya menang motor... tipu jer menang travel bag

Jumaat, Disember 17, 2010

Christmas Party

Wah, aku amat sibuk mengorganize Christmas Party untuk kampeni aku nie. Tahun nie Legal & Secretarial Department diminta mengorganize Christmas Party yang akan di adakan pada ari ni, 17 Disember 2010 di Matterhorn Bistro.Persiapan terakhir, menyettelkan hadiah untuk Lucky Drawn, games, performance & contest.Hari Selasa lalu macam nak tercabut kaki shopping hadiah dari pagi samapi ke petang. Penat giler. Kelam-kabut memang idup aku, almaklum hanya 2 org jer dalam Legal & Secretarial Dpartment. lagi nak berlatih untuk performance. Eh... ada hadiah tau best performance, tu yang kepoh aku nak masuk. So let's enjoy to nite :)


Cak! We are from Legal & Secretarial Department.






Hadiah yang aku harap menjadi milik aku. Shiseido Set



Comelkan hadiah nie. Aku suke sangat.

Khamis, Disember 16, 2010

Christmas Present

Memandangkan Christmas tidak lama lagi menjelma, office aku telah menganjurkan Christmas Party pada tahun ini. Setiap tahun pon office tempat aku kerja nie akan anjurkan Christmas Party.
Tahun nie, ada contest best wrapping gift. Siapa yang membungkus hadiah paling cantik, kreatif dan menarik akan mendapat hadiah. Setiap tetamu kena bawak hadiah untuk gift exchange so hadiah yang di bawa oleh tetamu akan layak memasuki contest tersebut. Aku yang tak pernah bungkus hadiah cantik-cantik tetiba mula ler nak cuba membungkus hadiah biar nampak cantik. Mangsanya adalah suami aku yang kena menolong aku bagi idea & komen. Hehehe... ok tak?

Hopefully aku boleh menang salah satu hadiah yea.

Rabu, Disember 15, 2010

Kotak Buluh


Semalam barang yang ku tunggu-tunggu telah tiba. Aku telah meng'order' kotak buluh yang comel untuk aku bubuh coklat homemade. Konon-konon aku nak jadikan cenderahati masa majlis kenduri kat rumah aku pada 02.01.2011. Hajat hati nak bagi coklat tapi adakah aku larat buat. heheheh.. duhai adikku Diana, I need your help. Kalau aku tak larat aku letakkan gula-gula aje yea :)


Kotak buluh nie hanya boleh muat 2 biji coklat yang sederhana besar aje.

Cenderahati lain nantilah aku upload lepas abis majlis nanti dah basi pulak. Aku nak cerita hal kotak buluh nie jer sebab aku rasa dia sangat comel dan harganya very okey. Dan yang paling aku suka perkhidmatan yang diberikan oleh supplier kotak buluh nie yang sangat pantas dan boleh bertolak ansur. Lima bintang untuk you Ain.

Jumaat, Disember 03, 2010

Saya Dah Pandai Berjalan


Nama saya Adha Nizar. Umur saya 1 tahun. Saya dah pandai berjalan tau. Ayah saya cakap saya jalan macam penguin, terkedek-kedek.

Selasa, November 30, 2010

Birthday Blast

Bulan nie adalah bulan hari jadi dalam keluarga aku. Dua heroes aku menyambut hari lahir, Aizar Fitri dan Adha Nizar. Aizat genap 4 tahun pada 5hb Nov lepas dan Nizar genap setahun pada 26hb Nov lepas. Memandangkan aku asyik di timpa musibah maka entri birthday mereka dapat di update hari ini saja.

kek Aizat

Aizat memotong kek besday

Muka comot Aizat lepas makan kek


NIZAR turn pulak interprem ...


Kek superheroes Nizar

Potong kek time

Turn Mama pulak amik gambar ngan heroes

Selasa, November 02, 2010

Kejadian Malam Jumaat

21.10.2010 lebih kurang pukul 7.30 malam aku sibuk memasak untuk makan malam. Mula-mula aku masak bendi goreng udang. Lepas siap mengoreng bendi aku mengulai udang. Aku masak udang masak lemak. Memandangkan anak-anak aku tak tahan pedas aku matikan niat untuk letak cili padi. Aku fikir nak buat sambal belacan kang suami aku pulak kurang selera nak makan kalau tak pedas. Last sekali aku pun goreng ikan siakap untuk anak-anak aku. Sambil goreng ikan aku pun tumbuk sambal belacan. Tengah tumbuk sambal belacan aku lihat api dapur ku macam idup segan mati tak mau. Aku pon bangun untuk mengejas api aku dan tetiba jeng...jeng...jeng bermula tragedi October dalam idup aku. Bagiku kau bukanlah lawanku.Selinagan lagu Awie Wing. Ok back to the story. Allah api meyemarak naik dan menyambar muka dan tangan ku. Aku terkejut dan mula mengibas tangan ku. Aku menjerit sekuat hati ku dan berteriak terbakar... terbakar... Aku rasa api di tapak kaki ku, apa lagi lintang pukang aku lari tak toleh kebelakang. Aku naik ke atas rumah dan menarik anak-anak aku sambil menyuruh anak-anak aku lari turun ke bawah.

Syukur suami aku berada di rumah ketika kejadian. Suami aku dan jiran aku berjaya memadamkan api. Suami kau cakap bunyi gas kuat sangat dan asap tebal sangat walaupun tak sampai lima minit. Kalau tak kuat semangat mau dia dah give up nak padam kan api sebab takut dengar bunyi gas. Memang tunggu masa sangat gas nak meletup sebab api mengelilingi tong gas.

Muka, tangan kiri dan kaki au mengalami kecederaan akibat kebakaran. Alhamdullilah ahli keluarga aku yang lain tak mengalami kecederaan. Paling teruk tangan kiri aku masih lagi belum pulih. Kulit tangan aku masih hitam. Muka aku dah mengelupas, kulit hitam di muka dah tertanggal dan sekarang kulit muka aku kemerah-merahan. Kening aku aje yang masih belum tumbuh begitu hjugak dengan bulu mata aku. Nizar takut tengok aku dan tak nak langsung dengan aku. Ngeri kot tengok muka kau yang hitam terbakar. Aku pon bterkejut nengok muka aku tiap kali bangun pagi. Terkejut "akhak". Copot ler kejap jantung akak nie.



Aku masih truma dan sangat lah tak boelh tengok walau gambar dapur gas. Rasa macam ada rerama yang berterbangan di dalam perut aku nie bila terpandang dapur gasor tong gas.

Nanti aku upload pix yea, tengah nak cari bluetooth. Hello... opismate angkat tangan sapa ada bluetooth.

Jumaat, September 24, 2010

Dia Telah Menampakkan Bayang

Huhuhu... kepala ku telah mula berdenyut-denyut sakit. Seleraku mula terjejas. Susahnya untuk ku habiskan setiap makananku.Loya...

Akan bermula episod sengsara dan merana dalam hidupku melayan kemabukan dasyat ini.
Argh... aku memang dah agak ia tetap datang tapi kali ini lambat sikit dari selalu.
Cepatlah berakhir...

Khamis, September 23, 2010

Mama&BB@8 minggu Nan Indah - Rezeki Ramadhan



Genap lapan (8) minggu hari ini aku preggy anak ke-4 ku. Yang ke-4 tu. Fuh... 4 ko anak aku. Insyaallah bulan Mei tahun depan kami sekeluarga akan menyambut kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup kami. Pastinya kehadirannya akan menyerikan dan menceriakan keluarga aku. Kelahiranmu dinantikan walaupun tidak dirancang. Ter"accident" ngeh ngeh ngeh...Aku anggap rezeki dari Allah untuk aku dan suami di bulan Ramadhan. Syukur sangat aku di beri rezeki lagi untuk memiliki zuriat.

Pregnancy kali aku lebih relak and santai sebab morning sickness aku tak heavy. Kalau previous pregnancy aku morning sickness tak hinggat dunia. Muntah ikut suka jer. Pagi sampai malam muntah jer ler. Pantang aku makan atau minum mesti aku muntah balik walaupun aku minum air kosong. Hish terseksa dan merana aku masa first trimester. Bila masuk 2nd trimester dah okay. Hopefully sangat aku tak muntah-muntah untuk kehamilan ke-4 ku. So aku boleh enjoy dari early stage till end stage. :)

Rabu, September 22, 2010

Sakit Raya

Aku sekelurga telah dilanda demam, batuk dan selsema. Sakit lepas raya. Hari Isninn suami aku MC untuk jaga anak-anak aku yang demam. Semalam (Selasa) aku pulak MC bukan saja untuk jaga anak-anak tapi aku sendiri pun sakit. Maybe malam tu tak cukup tidur jaga anak-anak sakit, so dalam pukul 3 pagi aku dah rasa badan aku panas sangat. Aku cakap kat suami aku tak larat nak jaga Nizar, so suami aku telah hantar bukan saja Nizar tapi Aizat jugak ker rumah parent aku di Skudai. Tinggallah aku dan Akmal kat rumah. Siang tu aku memang tak larat nak bangun dan paling bimbang panas badan aku tak nak turun walaupun aku dah makan ubat. Berbotol-botol jugak ler aku minum air untuk turunkan panas badan aku. Sebab dah risau sangat panas tak jugak turun aku letak tuala basah kat perut aku, biar sejuk sikit perut aku.
Akmal banyak kali jugak kejut aku bangun sebab lapar, aku suruh dia makan bubur ayam yang aku dah sediakan atas meja. Kesian dia, bila Ayah balik dari kerja terus dia mengadu perut lapar tapi Mama tidur aja. Dia cakap tak selera nak makan bubur, nak makan roti dan minum susu. Nasib baik Ayah balik kerja pukul 1.30pm. Suka Akmal bila Ayah beli coklat untuk dia. So hari ini aku dah naik kerja walaupun masih belum baik sangat. Akmal pun masih lagi demam tapi dah tak panas sangat badan dia.

Isnin, September 20, 2010

Entri-entri yang Tertangguh

Hari nie aku nak menghupdate segala bagai cerita dari bulan posa sampai ker raya.
Nie memang tertangguh yang amat. Entri kali nie tak ada gambor untuk menceriakan cerita aku yea. Memandangkan USB aku rosak so aku tak boleh nak upload gambar-gambar yang telah disnap. Kalau aku dah dapat pengganti USB aku nanti aku upload yea.

Tahun nie dengan bangganya aku nak mewar-warkan yang kat umah aku tak ada beskut raya tunjuk. Semuanya hasil air tangan ku. Ngeh...ngeh..ngeh.... Aku buat biskut tart nenas, coklat chip, frambozen kenari dan coklat almond slices. Aku dibantu oleh dua (2) ahli pengakap muda, Akmal & Aizat. Kalau nak rasa air tangan ku mai ler raya umah aku.




Tahun ni aku beraya ke Negeri Sembilan, rumah MIL. Meriah ler kalau dah semua berkumpul. Lagi best tahun nie ada acara pertandingan mewarna dan sukaneka untuk kanak-kanak yang di anjurkan oleh SIL aku. Pertandingan memancing dan kuiz untuk orang dewasa. Ok ler jugak hadiahnya hamper dan juga penginapan di Glory Beach Resort. Akmal memenangi pertandingan mewarna peringkat pra-sekolah. Suka betul Akmal dapat hamper dan raket badminton. Nanti Mama upload gambar Akmal yea bila Mama dah beli USB or bluetooth.Orang lain sibuk beraya tapi keluarga aku sebelah mertua sibuk masuk pertandingan. Hehehe...

Rabu, Ogos 25, 2010

Ikut Mama ke Opis


Akmal & Aizat

Sabtu lepas (21/08/2010, aku telah mengheret anak-anak aku ke opis. Memandangkan aku mendapat arahan dari bos aku last minutes untuk menyaipkan new task, so aku terpaksa ler heret anak-anak aku ke opis. Nurseri anak-anak aku buka hari tu tapi sebab aku dah promise kat anak-anak aku yang dorang tak perlu pergi nurseri hari Sabtu so aku tak sampai hati pulak nak hantar derang. Anak-anak aku dah happy sebab tak payah pergi nurseri hari Sabtu and Ahad. Aku tak naklah spoil kan keceriaan dorang. So pilihan terakhir aku pun bawak anak-anak ke opis. Lagipon, hari tu opis aku tak ada siapa hanya aku dan sorang lagi opis mate aku yang kena tolong aku.

Huhuhu... punya seronok Akmal bila tau dapat ikut aku pergi opis. Berkali-kali dia tanya macam tak percaya. Malam Sabtu tu dia sibuk bersihkan botol air dia nak bawak bekal air gi opis aku. Macam kat opis aku tak ada air nak minum. Bila kat opis aku punyalah seronok dua beradik tu. Bersepah bilik aku anak-anak aku kerjakan. Bila Akmal tengok aku buat kerja baru dia tahu macam mana aku bekerja nak cari duit untuk dia dan adik-adik dia.

Banyaknya Sawang

Huh... penatnya aku nak membersihkan sawang dan abuk yang bersepah kat blog aku ni. Lamanya aku tak update blog.

Aku amat malas nak update segala bagai cerita dalma blog. Hari ini apa angin aku rajin pula nak coret cerita. Tapi yang sebenarnya aku amat bizi pulak kebelakangan ni. Projek baru aku dapat dari lady bos aku, aku kena punggah segala fail-fail bawah jagaan aku (Legal & Secretarial files)untuk fial guna format baru. Mak ai... dah lah aku one man show. Berapa banyak fail-fail bawah jagaan aku. bos aku suruhlah dua orang staff tolong aku. Fuh... lega sikit. Kalau tak aku tak tau nak buat macam mana. Mana nak filing balik dokumen-dokumen guna format baru, mana nak buat kerja rutin aku. Lagi best Jumaat ni aku ada BOD meeting & AC meeting. Tu sapa nak handle, aku juga yang terkial-kial sorang-sorang kena handle meeting.

Isnin, Julai 12, 2010

First Pix Bersama


Gambar kita berlima. Mama, Akmal, Nizar, Ayah dan Aizat.

Pertama kali kita bergambar sekelurga. Huhuhu tercapai juga hasrat hati Mama nak ambil gambar family. Nizar tetap bersama putingnya. Rasanya bila raya nanti baru kita akan ambil gambar family lagi.

Rabu, Jun 30, 2010

Nizar Tiarap


Gambar nie masa Nizar tiga(3) bulan lebih. Sekarang Nizar dah tujuh(7) bulan. Huhuhu baru Mama nak upload nak update cerita pasal Nizar. Hopefully Nizar happy duduk kat nurseri dibawah jagaan Mama Faiz. Atok dah tak jaga Nizar lagi sebab Mama kesian tengok Atok asyik semput jer. Tapi baru jer Atok telefon nak mintak Nizar balik. Atok minta pinjam Nizar sampai raya. Nak raya baru Atok nak pulang Nizar balik. Alamak mana boleh, kalau kejap seminggu aje boleh ler. Tak best pulak malam-malam tak tidur ngan Nizar.

For info, Nizar dah nak merangkak pun :)

Rabu, Jun 02, 2010

Mana Perginya

Lamanya blog nie terbiar tanpa di update. Aku bizi yang amat. Almaklum nak manage tiga (3) blog dalam satu mase. Dahlah buat mase tengah kerja, tu curi-curi mase kerjaler tu. Tu yang lame tak update blog aku nie.
Projek baru aku buat satu lagi blog. Amboi amboi amboi (jgn mare Azwan maling tagline) Puan Fredah, tiga (3) tu pon tak terjaga nak tambah satu lagi beban. Nampak gaya cam sebulan sekali ler lepas nie blog nie di update. Blog baru aku nie aku wat untuk projek baru aku ngan adik- beradik aku. Tapi masih dalam pembikinan sebab aku amat bizi.
Hopefully aku leh update blog aku nie dalam bulan nie untuk kisah-kisah bulan lepas, lebih-lebih lagi kisah Nizar yang dah banyak sangat perkembangan dia. Dah enam (6) bulan usia Nizar. Sekarang tengah bizi praktis nak merangkak. Huhuhu... rasenya banyak betul Mama tak update kisah Nizar, cam ner Nizar nak tau bila dah besar nanti.
Emmm..kisah Akmal & Aizat pun ada. Okay tak per Mama update semuanya minggu depan sebab Mama mula bercuti seminggu dari 5hb Jun sampai 13 Jun. Bestnye nak cuti...:)


Eh...nape ada gambor coklat pulak. Mugkinkah ini projek baru ku. Kwang kwang kwang...

Isnin, Mei 10, 2010

Hari Ibu


"Mama, I love You" ucap Akmal sambil bagi kipas yang dia buat di sekolah. Oh... aku terharu sangat. "TQ so much sayang... I love you too."

Aku juga dapat sebiji kek yang suami aku beli. Suprise gak, tetiba Akmal & Aizat dok paksa aku turun ke bawah mase aku dok dalam bilik ngan Nizar nengok tv. Oh! rupenya derang gi kedai kek beli kek untuk aku. Huh masa nak beli kek tu suami aku kata Akmal punye muka masam bila tau kek tu untuk aku bukan untuk dia sebabnya kek tu penuh dengan buah strawberi. Pastu dia dok abiskan buah strawberi tu. Aku ngan Aizat dapat sorang satu jer.

Isnin, Mei 03, 2010

Bizi Dengan Blog Baru

Lama aku tak update blog aku nie sebab aku amat bizi membina dua blog lain. Amboi mak ai.. satu blog nie pon tak cukup masa nak manage, tambah lagi dua. Huru-haranya aku.

Aku membina dua blog perniagaan online. Konon-kononlah pulak nak berniaga online. Bukan apa alang-alang aku jadi ahli produk tersebut napa aku tak jual sekali. Aku jadi ahli sebab nak murah. hehehe...bila aku dah cuba dan aku amat berpuashati dengan resultnya so aku rase tak salah kenalkan pada orang lainkan.

Dua blog aku tu http://www.puteri34mart.blogspot.com dan http://www.puteri34mart.webs.com. Aku jual produk RxLite, BB Cream, Beautee Ampoule dan Beautee Slimming. Semua produk aku dah cuba dan berkesan sangat pada aku. So aku harap orang lain pun dapat berkongsi manfaatnya.



Rabu, April 21, 2010

Genap 2 Tahun


Hari ini genap 2 tahun bersama kampeni Denko Group. Cepatnya masa berjalan, sedar tak sedar 2 tahun jugak aku dah bekerja kat sini. Banyak jugak ler yang aku pelajari kat sini sepanjang aku bekerja di sini. Paling ketara aku dapat develop skill aku dalam business commercial contract/agreement. Aku rase tu skill aku paling aku expert. Yelah dah tiap ari aku dok mengadap benda tu.

Aku harap sepanjang aku berada di sini aku dapat menjalankan tugas-tugas aku dengan mudah dan kalau jodoh aku berakhir bersama Denko Group biarlah dengan cara yang baik macam mana aku masuk sini dengan cara baik.

Isnin, April 12, 2010

Ayah Birthday Cake



Hari Jumaat lepas aku telah ke JJ Tebrau mengambil kek birhday suamiku yang ditempah di kedai Baskin Robbins. Saja ler pulak nak tukar selera beli kek aiskrim kat BR. Selalunya beli kek aiskrim kat Seasons. Kalau nak makan kek keju baru beli kat Secret Recipe. Kali nie tukar selera pulak try Baskin Robbins.




Ayah & Akmal potong kek.

Selasa, April 06, 2010

Hepi Besday Ayah

Selamat Hari Lahir Ayah. Ayah dah 36 tahun taun ini. Emm.. pepagi tadi Akmal bagi kad besday pada Ayah. Kelakarnye mase Akmal nak tulis kad besday Ayah , dia nak tulis ABC. Hahaha... bila Mama tak bagi Akmal tulis ABC dia dok bebel. Tak boleh ler sayang, nanti pening Ayah nengok kad besday dia jadi buku ABC Akmal.

Kek? Hari Jumaat or Sabtu baru ada sebab Mama baru tempah semalam di Baskin Robbins. Besday celebration di tangguh hingga ke hari Jumaat or Sabtu sebab kek tak de dan yang paling penting Aizat dan Nizar tak de. Dua orang beradik itu di rumah atuk mereka di Skudai. Hari Jumaat baru balik rumah. Tak best ler kalu sambut besday Ayah bertiga aje. Korum tak cukup. Apa pun Selamat Hari Lahir Sayang...

Isnin, Mac 29, 2010

BBQ Malam Minggu


Malam minggu lepas aku wat BBQ kat rumah. Dah lame tak wat BBQ. Last buat BBQ malam raye haji tahun lepas tapi itupon dibatalkan di saat akhir sebab aku nak bersalin. Suami aku dah hidupkan api nak bakar daging kambing tapi terpaksa matikan api bila aku cakap nak gi hospital sebab cam dah kerap sangat sakit. So, ari Sabtu lepas setelah 4 bulan tak wat BBQ kiteorang pon buat ler. Saja jer suke-suke. Malam tu yang tolong meriahkan dan meramaikan lagi umat kat rumah aku adalah makbapak aku, adik aku, kakak ipar ku dan anaknye dan juga jiran selang sebelah umah aku. Suami aku ajak sorang anak murid dia untuk tolong kipas api.




Akmal & Sarah



Aizat & Sarah



Aizat, Akmal & Achik mereka



Adikku(Diana), kakak iparku & Mamaku



Papaku yang bizi melayan cucu-cucunya


Murshid, anak murid suamiku. Rajin sungguh adik ini