Isnin, Februari 27, 2012

BOD Meeting @ Desaru

End January kampeni aku telah buat BOD Meeting dan BOD dinner di Desaru. Dinner di Lotus Desaru dan meeting di Pulai Desaru. Sangat penat melayan karenah dan permintaan para directors DDC. Aku yang berada di Legal & Secretarial Division perlu menjalankan tanggungjawab memastikan meeting & dinner BOD berjalan dengan lancar. Tau tak sebulan aku ambil masa nak buat room booking, makanan dan transportion sebab asyik bertukar jenis bilik, nak sea view ler, nak pool view ler, nak menu tu nak menu ini, nak balik KL, na pergi Singapura nak pergi Las Vegas dan hari meeting dan dinner pun masih ada pertukaran jadual dan rancangan. Layankan ler aje. Fuh... letih amat.


Meeting organizer in action. Oppss yang paling kanan pakai t-shirt biru tu hotel event officer.


Dari kiri: Suzi, Nyza, Me and Zane.


Bizi pon tetap kena posing yea.



Jumaat, Februari 03, 2012

Pantai Pasir Lanun

Banyak sangat cerita yang ada untuk diupdate. So aku mula dengan cerita bulan lepas dulu yea.

Mari saya cerita percutian di Pantai Pasir Lanun semasa Hari Raya Cina tahun ini. Percutian nie dirancang secara spontan. Tetiba fikir nak pergi somewhere else masa Raya Cina. Keputusannya pergi ke Pantai Pasir Lanun yang berada dalam Johor jer. Nasib baik ada lagi bilik kosong walaupun buat tempahan agak lambat jugak.






Dalam perjalanan ke sana singgah sekejap di Mersing. Bebudak nie ambil kesempatan tunggang kuda padi.



Pulau kat belakang tu milik negeri Pahang punya. Dekat jer dengan Johor tapi tak tau ler cam ner boleh jadi kepunyaan Pahang.









Mama pun join percutian kali ini. pantai kat sini landai. Kalau biar anak-anak mandi tak bimbang.













Antara pemandangan yang boleh dinikmati di sana.