Khamis, April 26, 2012

Yahooo...Coti

Hari ini saya last kerja, esok saya mula bercuti sampai hari Selasa depan baru naik kerja semula. Wah! sangat excited. Last saya amik cuti masa bulan Januari untuk daftar anak masuk sekolah. Dan lagi, esok rombongan keluarga MIL dari Negeri Sembilan datang bertandang ke rumah saya.
Mari kemas rumah...Sekian, terima kasih.

Selasa, April 17, 2012

Kali Ini Dugaannya...

Untuk kali kelimanya, dugaan aku kali ini adalah setiap minggu hingga minggu ke 11 aku perlu di beri suntikan untuk support kandungan aku. Aku dikategorikan sebagai high risk abortion.

Sekarang aku dah 8 minggu so ada lagi 4 kali suntikan aku kena ambil. Setaip ari sebanyak 2 biji pil Duphuston aku kena telan.

Dr. Tokha cakap ada gumpalan darah di luar kantung baby aku. Gumpalan darah ni boleh membesar dan bila dah cukup besar badan secara automatik akan menolak gumpana darah ini sebab sistem badan akan tafsirkan ia sebagai benda asing. Bila gumpalan darah ini ditolak keluar , ia akan membawa sekali baby keluar bersama.
Doakan segalanya selamat yea. Setiap kali preggy aku memang sengsara. Tapi alhamdullilah aku mudah bersalin. Kali ini mabuk aku tak teruk tapi aku di duga dengan dugaan seperti ini pula. Moga aku terus sabar dan diberkati ALLAH.
Kalau tengok kat buku check up aku yang kaler putih nie (Regency Specialist Hospital Atenatal Record Book kaler putih bukan pink), kat column GRAVIDA hah nurse tulis "5" kan. Maknanya anak aku ke lima. Humang oiii banyak tu.

Jumaat, April 13, 2012

Shanghai Night

Cerita nie sangat dah basi. Anual Dinner kat kampeni aku this year diadakan pada 2 Mac 2012 lepas. Tema Annual Dinner-Shanghai Night 1920. Kali ini Annual Dinner diadakan di Saujana Resort kat Subang. Nasib baik penginapan dan kenderaan di sediakan. Kalau tak aku memang malas nak pergi. Kelam kelibut gak ler aku nak cari baju ala-ala cheongsam. Last aku beli blouse yang ada butang-butang cina.
















Rabu, April 04, 2012

Universal Studio, Singapore

Hari kedua kami berhoyeh-hoyeh di USS. Bagi aku bila pergi ke theme park tanpa anak-anak tak ler happening sangat. Tapi bila aku tengok rider kat USS nie tak berapa sesuai utntuk anak-anak aku yang berusia antara 7 tahun - 3 tahun. Kena tunggu Nizar 10 tahun baru boleh pergi. Kalau tak tak banyak yang boleh anak-anak aku main. Atau tak payah pergi kita ke Legoland akhit tahun ni. ;)


Posing depan USS waktu malam hari.


Siang hari pulak posing depan USS.


Figure yang kami terserempak semasa melilau di USS. First figure yang dapat aku bergambar bersama, Mr. & Mrs. Woody Woodpecker.


Alamak yang nie aku lupe pulak apa namanye.


My new handsome boyfriend. Scary tak?









Aku naik rider Tranformer dua kali. Syok oooo. Tapi kan aku naik rider Mumia sekali jer dan taubat aku tak hengin nak naik lagi. Berapa kali jantung aku copot, aku kutip balik letak semula.

Selasa, April 03, 2012

Hard Rock Hotel, Singapore

Baru hari ini aku berpeluang nak sambung cerita aku berteam builder di Singapura. Masa kat Sinapura aku telah bermalam di Hard Rock Hotel. Satu jer tak best sangat kat sini, makanannya. Bukan tak sedap tapi kena berhati-hati masa nak pilih makanan sebab non halal foods tak dihidangkan berasingan. Diletak bercampur dengan halal foods. So kena baca betul-betul masa nak pilih dan ambil makanan takut terambil makanan non-halal.







Ok itu jer yea buat kali nie nanti sambung cerita di USS pulak. Tak leh panjang-panjang nak rushing ada appoitment kat luar.