Jumaat, April 29, 2011

Tired & Challenging


Ini rupa saya bila nak pergi ke kerja. Segar, gembira dan bersemangat. Setiap hari saya cuba untuk kelihatan gembira dan bersemangat.


Ini pulak rupa saya selepas jam 5.30 petang. Sungguh keruh, letih, penat dan sangat tak bermaya. Hati tak sabar nak sampai ke rumah berjumpa anak-anak. Hopefully, anak-anak masih kenal yang wanita berwajah kusut dan lembik yang pulang ke rumah selepas penat berkerja adalah Mama mereka bukan Momok.

Memang amat meletihkan dan sangat mencabar menjadi seorang wanita bergelar isteri, mama dan pekerja. Adakah aku sanggup untuk memikul satu lagi tanggungjawab sebagai PELAJAR???

Isnin, April 25, 2011

Sukan Tahunan Anak-anak

Semalam, Sabtu, 24.04.2011 tadika anak-anak ku mengadakan acara sukan tahunan mereka. Acara tersebut di adakan di Padang Layang-layang,Pasir Gudang. Seronok jugak tengok bebudak bersukan ni. Ada yang menangis sebab tak tahu. Ada yang separuh jalan je lepas tu dok lama kat situ sampai cikgu dia datang temankan baru dia sambung balik main. Macam-macam aksi yang melucukan.


Aizat yang sedang standby di khemah rumah biru menanti giliran untuk beraksi. Seriousnye muke budak nie.


Akmal pon bersama rakan-rakan sepasukan yang sedang menanti acara mereka. Masa tengah tunggu giliran Akmal memang tak henti bergurau dan berceloteh dengan kengkawannya.


Dak Nizar nie pon sibuk jer nak berposing sambil pegang payung. Bergaya dengan kopiah abang Aizat.








Aku tak tunggu sampai acara habis. Lepas anak-anak aku habis giliran aku terus bawak mereka pulang almaklum Nizar dah lembik kepenatan dan cuaca yang panas buat aku tak betah untuk tunggu sampai acara habis.

Isnin, April 11, 2011

Ayah, Kek & Doa

Hari jadi Ayah tak ada majlis sambutan yang grand hanya potong kek. Itu pun hanya kami sekeluarga. Hadiah... Ayah tak nak walau pun Mama dah offer. Okey yang penting Ayah happy. Hanya doa dari Mama untuk Ayah dan memang Mama tak pernah lupa mendoakan kegembiraan dan keselamatan Ayah setiap hari :)


Kek coklat berbentuk slice dan ada crown atas kek. Emmm... sedap. Cantik pun yea jugak. TQVM Comel, insyaallah tempah lagi.








Dua mamat yang suke interprem dan sibuk nak potong kek jugak.

Rabu, April 06, 2011

Selamat Hari Lahir Cinta

Selamat Hari Lahir... We love u forever. Hari nie semua wish Ayah tapi no cake or hadiah sebab Nizar dengan Atuk. Tak syok pulak nak celebrate without Nizar kan. So kite tunggu Nizar k. Saturday baru kite celebrate yea;)

Selasa, April 05, 2011

Lunch@ Zona Ayam Penyet

Semalam aku dan segala angkatan DDC pergi lunch di Zona Ayam Penyet. Office aku nie setiap bulan sekali pergi bersesama keluar makan. Staff welfare ler kekonon tu. Gi aje ler dah company benefit.



Gambar nie jer yg okey, yang lain gelap sebab cahaya matahari. Tengah tunggu hidangan sempat lagi berposing. Yang sebelah kiri tu, Syirah dan yang kanan tu the preggy mom Suzi.

Jumaat, April 01, 2011

Jenjalan Sekitar Johor

Cuti sekolah lepas aku tak ke mana-mana memandangkan aku baru mula kerja tempat baru so tak nak lah amik cuti. Tak nak menghampakan anak-anak bawak jugalah mereka jenjalan sekitar Johor. Tak dapat gi jauh-jauh so dekat-dekat jer ler.