Jumaat, Disember 30, 2011

Welcome SIL

Last week my first SIL and the family datang memziarahi kami sekeluarga. Havoc sekejap kediaman 34 Jalan Puteri... mean lagi havoc ler. Memang tiap hari havoc dengan gelagat tiga (3) anak bujang kami.

Emmm... bizi ler kami melayan tetamu yang pertama kali menjejak kaki ke rumah kami. Segala jemputan kenduri-kendara tak dapat kami penuhi kerana ingin memberi layanan kepada tetamu yang ada di rumah.



Akmal, Aizat, Nizar dan Kak Alin bergambar di JJ Tebrau.



Bermain bola di tepi pantai


Jumaat, Disember 23, 2011

Kota Keriangan... Genting Highland Theme Park

Percutian kali ini hanyalah di Genting Highland. Bercuti pun untuk bebudak so sesuai ler kalau ke Genting Highland Theme Parks. Walau pun Mama dan Ayah dah selalu sangat pergi ke Genting Highland masa belajar di UM, tapi Akmal dan Aizatbaru 2, 3 kali pergi dan Nizar pertama kali pergi.

Cuti kali ini merangkap hadiah hari jadi untuk Nizar sebab Nizar dah melepasi tahap ketinggian minimum untuk bermain di Genting Highland. Hooray...suke Nizar.



Akmal Dan Aizat bergambar dengan kakak badut










Muka gayat Akmal dan Nizar. Amekaw...




Paling penting Akmal, Aizat dan Nizar seronok sangat bermain di Genting Highland dari pagi sampai ke malam. Dalam perjalanan pulang semua tidur kepenatan dalam kereta.

Khamis, Disember 22, 2011

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Emmmm sekarang kat mana-mana shopink komplek sibuk dengan jualan sambutan Christmas. Barangan makeup dan perfume berlumba-lumba buat pakej jualan murah yang sangat menarik.
Saya telah terjebak... kwang kwang....kwang

Kenapa tidak saya menghadiahkan diri sendiri dengan barangan yang saya idamkan. Tak salah kan bila kita dah penat bekerja, kita hargai diri kita sendiri dengan beli barang yang bukan selalu kita beli pon.




Hadiah Penghargaan Untuk Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Bagi Tahun 2011. Saya telah pokai. Harap next month dapat big B.


Tapikan yea ker tiap hari pergi kerja saya rajin nak pakai makeup bagai. Silap hari bulan pakai bedak dan lipstik jer.

Rabu, Disember 07, 2011

Malaysia PRIHATIN

Ahad lepas (4 Disember 2011) aku sekeluarga telah meluangkan masa memberi sokongan moral pada pasukan Bola Keranjang Kerusi Roda.


Perlawanan tersebut diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sesekali luangkan masa untuk memeriahkan sukan orang kelainan upaya (OKU)dan menimba pengalaman baru. Aku sekeluarga pergi atas tiket sukarelawan Malaysia PRIHATIN, sebuah pertubuhan sukarelawan naugan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri.



Kami sekeluarga bergambar bersama Tun Jeanne Abdullah.





Ayah sedang mencuba bermain bola keranjang sambil duduk di atas kerusi roda.

Isnin, Disember 05, 2011

Birthday



November adalah bulan sambutan harijadi bagi keluarga kami. Birthday Aizat dan Nizar. Emmmm Mama baru nak buat entri birthday Aizat dan Nizar.

Birthday Aizat pada 5 November 2011 dan Nizar 26 November 2011. Birthday Nizar tahun nie tak ada kek sebab Ayah cakap tak nak makan kek. Ayah cadang nak celebrate birthday Nizar kat luar. Sambutan birthday Nizar ditangguhkan beberapa hari. Nanti Mama buat entri sambutan birthday Nizar yea.