Selasa, Mei 24, 2011

Benjol

Budak yang bernama Adha Nizar telah tergelincir lalu tersembam mukanya di anak tangga semasa mengejar abang Aizatnya. Akibatnya kepala Nizar benjol. Cian dia ):


Gambar ini diambil semasa di JJ Tebrau. Nizar walaupon benjol kepala tapi bila berjalan dia yang over excited.

Jumaat, Mei 20, 2011

Ringkasan Perjalanan Hidup Kami

Dek kerana kesibukan yang memanjang aku terpaksa memcatat beberapa cerita yang terjadi dalam hidup kami dalam satu entri.

Hari Ibu

Pulang dari kerja Ayah telah membeli sebiji kek yang comel untuk meraikan Hari Ibu. Thanks...




and thank you so much for this handbag. Mama memang dah lama nak handbag ni. Tapi bila tengok harganya, tunda niat untuk memilikinya.

Meeting@KLCC Tower

Jumaat lepas, 13.5.2011 pulak aku bergegas ke KL untuk EXCO Meeting. Penat macam nak pengsan. Dua hari sebelum meeting balik kerja waktu dah gelap gelita semata-mata nak siapkan kertas kerja untuk meeting. Pastu nak kena hadir meeting di KL. Sampai KL, check in hotel terus tertidur.


Inilah rupa bilik di Hotel Impiana KLCC. Kalau bukan kampeni bayar tak de maknanya lah ye aku nak check in kat hotel ni. Ini waktu subuh bila aku bangun dari tidur. Baru aku sedar rupa dan keadaan bilik ni. Bila sampai aku tak pandang kiri kanan terus tidur. Ok aje ler biliknya. Harga jer mahal.

Desaru

Lepas balik dari meeting di KL . Esoknya hari Sabtu, aku ke Desaru untuk menghadiri function anjuran kampeni aku. Mak ai penatnya. Aku check in kat hotel di Desaru dalam pukul 5.00 petang walaupun aku boleh check in pagi tapi aku masih ada kerja opis yang nak disiapkan. Waktu paginya aku mengadap lappy menyiapkan kerja opis. Sian anak-anak aku dok terbiar mengadap tv. Sorry yea Mama is so bizi.

Bila sampai Desaru, anak-anak aku syok main air dan pasir. Gambar next week aku masukkan. Tak perasan aku tak amik gambar guna handphone aku. Kamera akak tak bawak pulak.
to be continue.........

Khamis, Mei 19, 2011

Assalamualaikum...Kota Mekah

Dearest Mama & Papa,

Angah doakan semoga perjalanan Mama & Papa pergi dan balik ke tanah suci di permudahkan Allah. Semoga Mama & Papa dipermudahkan segala urusan untuk beramal ibadat di sana.

Jangan lupa berdoa yang baik-baik untuk kita sekeluarga. Angah menunggu kepulangan Mama & Papa di sini.

Sampai ucapan salam Angah sekeluarga pada Nabi Muhammada S.A.W dengan lafaz Asssalamualaikum.

Jumaat, Mei 06, 2011

Rindu

Babysitter anak aku telah mengalami sakit misteri maka dengan hati yang berat aku telah menghantar anak-anak aku ke Skudai. Sejak dari hari Isnin malam hingga hari ini anak-anak aku di Skudai. Huhu aku rindu...


Aku dan Akmal. Mama rindu sangat dengan Akmal. Kalau tak mesti riuh dengan suara Akmal yang sedang marah adik-adik buat perangai padahal dia lah ketuanya.



Aku dan Aizat. Mama rindu Aizat. Rindu nak dengar Aizat tanya Mama " Mama sayang Adik tak?" Aizat memang senang terasa hati kalau tengok Mama asyik dengan Nizar.


Aku dan Nizar. Mama rindu nak dengar Nizar merenggek mintak perhatian. Kalau Nizar depan mata kadang-kadang Mama rimas dengan ngada-ngada Nizar, tak nak berenggang dengan Mama. Tapi bila Nizar tak depan mata Mama rindu dengan perangai ngada-ngada Nizar.

Khamis, Mei 05, 2011

Sepatutnya

Sepatutnya aku sedang dalam debaran
Sepatutnya aku dalam kegelisahan
Sepatutnya aku sedang menarik nafas pendek-pendek
Sepatutnya aku sedang berdoa
Sepatutnya aku sedang berzikir
Sepatutnya aku sedang berselawat
Sepatutnya aku sedang mengerang kesakitan
Sepatutnya aku sedang meneran
Sepatutnya aku sedang bergembira
Sepatutnya aku sedang menatap wajah seorang hamba Allah yang suci
Sepatutnya aku bergelar Mama pada 4 orang anak...

Sepatutnya hari ini aku dijangka melahirkan anak ke empat aku.


p/s: cintaailin nanti aku update ko pasal kawan baik kite Si "P" tu yang mungkir janji kat aku sebab dia masih tak menepati janjinya lagi. Dan aku dah rasa makin stress & tensen.

Rabu, Mei 04, 2011

Belangkas

Pernah makan telur belangkas tak? Kalau nak cari kat Kota Tinggi ada satu kedai makan namanya Belangkas Mahkota.


Inilah rupa belangkas yang telah siap dimasak asam pedas. Kalau nak cuba boleh ke Kota Tinggi yea.


Ini pulak rupa telur belangkasnya. Macam telur ikan jugak. Rasanya pon lebih kurang. Tapi kolesterol tinggi. Kalau ada darah tinggi jangan makan.




Lepas makan budak berdua nie sibuk nak bergambar. Hepi lepas dapat makan telur belangkas. Gendang gendung tali kecapi , kenyang perut suke hati.