Jumaat, September 24, 2010

Dia Telah Menampakkan Bayang

Huhuhu... kepala ku telah mula berdenyut-denyut sakit. Seleraku mula terjejas. Susahnya untuk ku habiskan setiap makananku.Loya...

Akan bermula episod sengsara dan merana dalam hidupku melayan kemabukan dasyat ini.
Argh... aku memang dah agak ia tetap datang tapi kali ini lambat sikit dari selalu.
Cepatlah berakhir...

Khamis, September 23, 2010

Mama&BB@8 minggu Nan Indah - Rezeki Ramadhan



Genap lapan (8) minggu hari ini aku preggy anak ke-4 ku. Yang ke-4 tu. Fuh... 4 ko anak aku. Insyaallah bulan Mei tahun depan kami sekeluarga akan menyambut kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup kami. Pastinya kehadirannya akan menyerikan dan menceriakan keluarga aku. Kelahiranmu dinantikan walaupun tidak dirancang. Ter"accident" ngeh ngeh ngeh...Aku anggap rezeki dari Allah untuk aku dan suami di bulan Ramadhan. Syukur sangat aku di beri rezeki lagi untuk memiliki zuriat.

Pregnancy kali aku lebih relak and santai sebab morning sickness aku tak heavy. Kalau previous pregnancy aku morning sickness tak hinggat dunia. Muntah ikut suka jer. Pagi sampai malam muntah jer ler. Pantang aku makan atau minum mesti aku muntah balik walaupun aku minum air kosong. Hish terseksa dan merana aku masa first trimester. Bila masuk 2nd trimester dah okay. Hopefully sangat aku tak muntah-muntah untuk kehamilan ke-4 ku. So aku boleh enjoy dari early stage till end stage. :)

Rabu, September 22, 2010

Sakit Raya

Aku sekelurga telah dilanda demam, batuk dan selsema. Sakit lepas raya. Hari Isninn suami aku MC untuk jaga anak-anak aku yang demam. Semalam (Selasa) aku pulak MC bukan saja untuk jaga anak-anak tapi aku sendiri pun sakit. Maybe malam tu tak cukup tidur jaga anak-anak sakit, so dalam pukul 3 pagi aku dah rasa badan aku panas sangat. Aku cakap kat suami aku tak larat nak jaga Nizar, so suami aku telah hantar bukan saja Nizar tapi Aizat jugak ker rumah parent aku di Skudai. Tinggallah aku dan Akmal kat rumah. Siang tu aku memang tak larat nak bangun dan paling bimbang panas badan aku tak nak turun walaupun aku dah makan ubat. Berbotol-botol jugak ler aku minum air untuk turunkan panas badan aku. Sebab dah risau sangat panas tak jugak turun aku letak tuala basah kat perut aku, biar sejuk sikit perut aku.
Akmal banyak kali jugak kejut aku bangun sebab lapar, aku suruh dia makan bubur ayam yang aku dah sediakan atas meja. Kesian dia, bila Ayah balik dari kerja terus dia mengadu perut lapar tapi Mama tidur aja. Dia cakap tak selera nak makan bubur, nak makan roti dan minum susu. Nasib baik Ayah balik kerja pukul 1.30pm. Suka Akmal bila Ayah beli coklat untuk dia. So hari ini aku dah naik kerja walaupun masih belum baik sangat. Akmal pun masih lagi demam tapi dah tak panas sangat badan dia.

Isnin, September 20, 2010

Entri-entri yang Tertangguh

Hari nie aku nak menghupdate segala bagai cerita dari bulan posa sampai ker raya.
Nie memang tertangguh yang amat. Entri kali nie tak ada gambor untuk menceriakan cerita aku yea. Memandangkan USB aku rosak so aku tak boleh nak upload gambar-gambar yang telah disnap. Kalau aku dah dapat pengganti USB aku nanti aku upload yea.

Tahun nie dengan bangganya aku nak mewar-warkan yang kat umah aku tak ada beskut raya tunjuk. Semuanya hasil air tangan ku. Ngeh...ngeh..ngeh.... Aku buat biskut tart nenas, coklat chip, frambozen kenari dan coklat almond slices. Aku dibantu oleh dua (2) ahli pengakap muda, Akmal & Aizat. Kalau nak rasa air tangan ku mai ler raya umah aku.




Tahun ni aku beraya ke Negeri Sembilan, rumah MIL. Meriah ler kalau dah semua berkumpul. Lagi best tahun nie ada acara pertandingan mewarna dan sukaneka untuk kanak-kanak yang di anjurkan oleh SIL aku. Pertandingan memancing dan kuiz untuk orang dewasa. Ok ler jugak hadiahnya hamper dan juga penginapan di Glory Beach Resort. Akmal memenangi pertandingan mewarna peringkat pra-sekolah. Suka betul Akmal dapat hamper dan raket badminton. Nanti Mama upload gambar Akmal yea bila Mama dah beli USB or bluetooth.Orang lain sibuk beraya tapi keluarga aku sebelah mertua sibuk masuk pertandingan. Hehehe...