Jumaat, November 11, 2011

Ke Mana Ek

Hari nie tarikh cantik untuk tahun ini dan minggu depan ada satu lagi tarikh cantik. Ada sesiapa yang bernikah atau melakar sejarah seumur hidup hari ini.

Bila masuk bulan November aku mula ler dok pikir nak jenjalan almaklum cuti sekolah akan bermula. Selalunya bila akhir tahun aku plan percutian dekat-dekat jer. Aku terfikir nak kembali bercuti ke Pulau Tioman. Tapi dah bulan November semua Pulau dah tutup sampai bulan Mac baru buka balik.






Cantik kan Pulau Tioman. Memandangkan aku tak dapat mengulangi keseronokan bercanda di Pulau Tioman tahun ni, meh aku letak gambar yang aku ambil 3 tahun lepas masa bercuti kat sana. Antara tempat yang aku nak sangat pergi balik sebab keindahan pemandangannya.






Huhuhu... belek gambar jer ler yea. Hopefully next year boleh ke sana lagi. Masa 3 tahun lepas aku pergi bertiga jer, Aizat last minutes terpaksa digugurkan dari ahli rombongan sebab malam sebelum pergi dia demam dan muntah-muntah. Nizar pulak baru dalam proses nak buat. Kali ini kalau ada peluang pergi emmmm 5 orang ahli rombongan.

So... kesimpulannya ke mana ek nak bercuti. Tapi hati macam nak ke Pulau. Haish... bila Pulau dah tutup pintu baru dok pikir nak pergi. Sangat gedik. Pikir lagi...



Selasa, November 01, 2011

Kasut

Apa akal aku masa amik keputusan nak beli kasut ini.....................................
















































Guys, Mama brought this shoe. Darling Ayah, cantek tak?








Huhuhu bila aku pakai kasut ni, aku rasa macam tinggi lebih sikit dan aku macam suka pulak. Wah! kena cari kasut tinggi banyak-banyak ler. Aku sangat jarang beli kasut tinggi setinggi ini. Selalunye aku beli flat shoe or tinggi setakat 1/2 - 1 inci. Ini dah melebihi had ketinggian biasa. Dan aku suka kan nye.