Selasa, September 27, 2011

A Tale Of Love...8th

Jangan khabarkan kepada angin bahawa aku amat menyintaimu...
Pasti angin cemburu lantas dibawa jauh cinta itu.

Jangan bisikan kepada ombak, cintaku kepadamu sedalam lautan biru
Tapi bisikan kepada hatimu, pasti terkarang abadi satu lagi kisah cinta kita
Di dalam kitab suci percintaan kita

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan CINTA
Aku mahu dicintai dan menyintai dirimu seumur hidupku....




Isnin, September 26, 2011

EnfagrowA+ Smart Camp

Semalam, kami jenjalan ke JJ Tebrau. Pepagi dah keluar sebabnya rumah tak der air. So lepas mandi ala kadar sebab nak jimat air. Ayah ajak keluar. Pelawaan Ayah disambut gembira oleh 3 budak hingusan. Tak plan pun nak ke sana. Lepas sarapan mula ler kami merayap dan terjumpa EnfagrowA+ Smart
Aku pun suruh ler anak-anak aku join sebab dapat goodies bag. Hehehe.. Pantang betul aku nie bab benda F.O.C ini.







Jumaat, September 23, 2011

Raye@DDC

Semalam warga DDC menyambut lebaran di opis merangkap potong kek sambut besday kengkawan bulan nie. Tak mau berceloteh panjang jom layan pixs dari kami.


Makanan yang telah dikerjakan oleh kami. Setiap orang tambah 2,3 kali. Thumb up.



Chezzy Cheese Cake. Di beli setelah kek Coffea Bean tak ada yang sebiji, slice jer ada.



Selamat Pengantin Baru. Opssss... Selamat Hari Lahir. Birthday by & girl sedang potong kek.



Joyah Group sibuk nak berposing jugak. Sukenye mereka...



Jemput makan. Jangan malu-malu tapi jangan lupa tinggalkan orang belakang.

Khamis, September 22, 2011

Main Pasir

Untuk sekian kalinya aku bawak anak-anak aku bermain pasir di Desaru. Kalau bawak anak-anak ke pantai bukan derang nak mandi laut tapi lagi seronok main pasir jer. Aku pulak isk...kurang suka nak mandi laut nie, so duduk diam-diam layan FB. Poyo...


Ayah teman Nizar main pasir. Lupa bawak seluar pendek Nizar, pakai aje ler seluar jean



Bizi sungguh Akmal mengumpul cengkerang. Bekas isi cengekerang tu Akmal bawak dari rumah. Dia yang berhari-hari merengek nak gi pantai main pasir.






Nizar dah penat main pasir duduk memerhati abang-abang main pasir.

Selasa, September 20, 2011

Highway Desaru

Minggu lepas masa cuti tiga hari tu sempat ler aku mencuba highway Desaru. Baru nak cuba yea walaupun dah berbulan buka. Saja jer nak ke Desaru sambil melawat tapak projek. Tapi kan bila dah cuba dan lihat sendiri highway Desaru nie, boleh ke dipanggil highway? Napa boleh ada two way kan...


Tetiba atas jambatan boleh one way balik. Sebelum tu two way.


Kalau opis aku berpindah ke Desaru, tiap-tiap hari aku kena lalui highway nie dan menikmati pemandangan di atas jambatan. Mesti nanti aku jemu dan jelak.

Rabu, September 14, 2011

Bila Nizar Meroyan


Nie gambar bila Nizar buat hal. Memang Mama tak suke bila Nizar buat mimik muka macam nie. Kalau tak dipujuk Nizar akan mula menambah volume suara dan membuat mimik muka yang lagi "hebat". Muka Nizar akan kembali normal bila dipujuk.

Tapi kalau Nizar menangis sebab tak dapat sesuatu yang dia nak, Nizar tak akan berhenti menangis selagi tak dapat apa yang dia nak. Nizar akan menangis sampai muntah-muntah. Geram tau.

Mama suka kalau Nizar dalam mood macam ini. Selalulah berada dalam mood seperti ini yea. Mama pun tak perlu stress.

Jumaat, September 09, 2011

In Memory...

Kat sidebar sebelah kanan blog aku ada ticker baru. Ticker tu aku letak khas untuk anak no. 4 aku yang tak sempat aku bertentang mata. Comel tak ticker kat bawah nie.

Lilypie Angel and Memorial tickers


Mama always love & miss you...

Khamis, September 08, 2011

Demi Masa Depan...


Waktu ini masa nak pergi kerja , Akmal masih sempat lagi di ajar oleh "private teacher" . Akmal dah tak ke sekolah tadika lagi. Ayah dah stop kan pembelajaran Akmal di sekolah tadika. Ayah tak puashati dengan tahap pembelajaran Akmal. So Ayah ambil keputusan upah private teacher untuk ajar Akmal seorang. Sampai jer rumah lepas Ayah ambil Akmal dari rumah babysitter terus Akmal kena duduk mengadap buku, study. Private teacher tu adalah Ayah sendiri. Nasib baik Ayah ko cikgu Akmal dan memang partime ajar private tutition kat rumah orang. So tak yah ler Mama nak spend duit cari cikgu tuition untuk ajar Akmal Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya. Nanti tahun hadapan Akmal boleh ikut Ayah gi tuition sekali. Sambil ajar anak orang Ayah leh ajar Akmal sekali. Masak ler ko tiap ari ikut Ayah gi tuition. Kalau tak pandai bukan salah Mama mengandung tapi salah Ayah mengajar. Ngeh...

Dalam perjalanan nak amik Mama pun Akmal kena belajar. Maksudnya dalam kereta, Akmal kena belajar. Memandangkan Ayah busy bila ada masa terluang Ayah akan suruh Akmal belajar walaupun dalam kereta.



Akmal hanya ditekankan dengan Bahasa Melayu dan Matematik saja buat masa ini. Nanti kalau Akmal dah okey Mama panggil private teacher ajar Bahasa Inggeris pulak. Untuk Bahasa Inggeris kena ler cari orang lain sebab Ayah tak boleh ajar. Begitu juga dengan Pendidikan Islam.

Insyallah tahun hadapan seorang Ustaz akan ajar Akmal fardhu ain. Mama dan Ayah dah sepakat tak nak hantar Akmal ke seolah agama disebabkan tak nak Akmal tak cukup masa dan terkejar-kejar. So kami mengambil keputusan untuk mengupah seorang Ustaz mengajar Akmal di rumah. Tak perlah Mama & Ayah kena spend lebih sikit yang penting Akmal tak penat terkejar sana-sini macam Mama masa kecik-kecik. Penat tau. Tahun nie Ustaz ajar Akmal mengaji saja. Tahun hadapan baru mula belajar fardhu ain dan tulisan jawi.

Selasa, September 06, 2011

Mood Raye Lagiiii

Wargh.... dah melaporkan diri kembali hari ini setelah 10 hari bercuti. Busannnnn...
Semalam pun dah bertalu-talu email, sms dan koling aku terima walaupun masih bercuti. Isk... pantang bukak jer opis tak kisah ler orang lain masih bercuti ke tak mesti di ganggu dengan urusan pejabat.

Apa yang pasti aku masih mamai-mamai lagi nak mula buat kerja dan mood kerja belum "panas".