Selasa, Oktober 29, 2013

Memasak Ler Kite, Kuih Talam Jer

Hari minggu lepas, tetiba kau terlebih rajin terbuat kuih talam pandan lapis kastar. Anak-anak kau membuat permintaan nak makan kuih dan mama dia memang terlebih rajin ler sangat jadinya kuih tlam ler jadi pilihan. Senang, bancuh aduan pastu kukus. Kalau kuih lain macam karipap ke, donut ker, keria ker, nak kena bancuh, uli pastu nak gentel dan bentuk satu-satu. Banyak kerja ler pulak.
Bila dah siap aku potong dan hidang pada anak-anak tapi tak sampai 10 minit dah licin dimakan oleh mereka. Hantar pinggan koong minta lagi padahal aku potong separuh kuih talam. Next time kena buat dua aduan tak boleh satu adunan.
 
Resepi Kuih Talam Pandan lapis Kastard cara kak jemah
 
Bahan atas (warna kuning)
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawa tepung jagung/kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung dikisar (atau jagung manis tin)
3 cawan santan
1/2 cawan air
warna kuning

Bahan bawah (warna hijau)
1  cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung kastard
1 cawan santan pekat
1 cawan air pandan (kisar daun pandan dan tapis) atau
1 sudu kecil pes pandan
1 cawan air (kalau guna pes pandan, 2 cawan air yea)
2 biji telur
2 sudu besar gula
pewarna hijau

Kaedahnya cenggini, bancuh semua bahan A dab B secara berasingan. Maksunya bahan A dalam satu bekas dan bahan B dalam bekas lainnye. Gaul sampai sebati semua pastu wap atas dapur 2,3 minit kemudian masuk dalam loyang. Sebelum tu panaskan pengukus/steamer bila air dah didih boleh masuk bancuhan dalam loyang kukus. Bila bahagian atas dah masak 2/3 atau dalam 15-20 minit, lorekkan atau cucuk bahagian bawah yang separuh masak guna garpu untuk membolehkan bahagia atas lekat bila di tuang bancuhannya. Kukus dalam 1jam atau sampai masak. Nak tau masak, cucuk kuih sampai kebawah dengan lidi, bila ditarik keluar lidi tu tak de bancuhan kuih yang lekat, maknanya dah masak, kalau ada kukus lagi.
 
Sonang jer kannnn.
 
 

Khamis, Oktober 24, 2013

Shaklee SID#909717

Diam tak diam dah setahunya aku jadi suri rumah sepenuh masa. Sejak Aydin lahir bermula kerjaya aku sebagai CEO Full House Wife Sdn. Bhd. Tapi aku tak lah duduk rumah saja, ha aku jadi pengedar Shaklee. Saja jer nak isi masa kosong.

FB: www.facebook.com/FnFChicShop
www.divachicvita.blogspot.com




Kenapa Shaklee yang aku pilih dalam banyak-banyak syarikat jualan langsung. Perjalanan aku dengan Shaklee mudah jer, dari pengguna yang sangat puashati dengan vitamin awesome Shaklee mengambil keputusan menjadi pengedar. Aku bermula dengan mengambil Set Breastfeeding Bajet yang mengandungi Alfalfa dan ESP kemudian aku tambah Lecithin sebab nak kurus. Lecithin boleh diambil masa menyusu bayi dan berpantang. Serius tau kak jemaah suka dengan hasil pemakanan Shaklee ni. Susu badan memang cukup banyak dan bestnya lagi berat badan turun banyak gile. Bayangkan dari 79kg jadi 61kg dalam 2bulan berpantang. Tak suka? Hahaha kalau jawapannya  TAK memang tak betul kepala kak jemaah ni.

Sekarang berat badan kak jemaah 50-52kg. Kalau banyak makan ke atau banyak makan makanan berlemak naik ler tapi kejap jer turun balik. Sekarang ni aku just ambil ESP, Alfalfa dan GLA Complex jer. Sekali sekali jer telan Lecithin. Alfalfa pon bukan tiap hari aku ambil, 2,3x seminggu. Tapi ESP & GLA aku ambil tiap hari. Dan sekarang ni aku nampak benefits yang lain bukan badan aku jer dah selim tapi kulit aku pun ok dan sihat. Ha lagi satu kalau dulu tiap kali period aku akan  sakit sendi terutama kat lutut tapi Alhamdullilah sekarang dah tak ada sakit sendi dan lutut masa period.

Kalau kak temah, kak bedah, kak ton nak sesama merasa kebaikan dan bestnya Shaklee, koling-koling ler kak jemaah. Insha Allah uols pon akan dapat rasa bestnya Shaklee ni. Tak jelas ker tengok kak jemaah selim dan gojes hahaha...muntah ijau kontang sian.

Isnin, September 09, 2013

Assalamualaikum...I'm Back

Finally, hari ini aku merajinkan diri menulis diblog yang lama telah diabaikan.
Sete;ah lahirnya Aydin last year, 6 Nov 2013 aku mngambil keputusan menjadi full house wife. Wah! tak pernah mimpi. Dulu zaman single aku membayangkan aku adalah career women, tak mungkin nak jadi full house wife. Tapi hati manusia dan akal fikiran manusia mudah berubah. Demi 4 budak hingusan itu aku pon rela melepaskan gaji riban aku untuk mereka. Cewahhh, ayat macam nak jadi full house sampai bila-bila.
Hahaha...insyaAllah aku  akan kembali berkerja tapi bila tak tau lagi yea. Jangan tanya dan jangan ingatkan aku tentang itu, biar aku syok dibuai honeymoon yg sgt awesome ini.
 
Untuk yang rindukan aku.Ini aku yg terbaru.