Selasa, Oktober 25, 2011

Peristiw Itu...

Diam tak diam genap setahun kejadian itu berlaku. Tapi aku masih trauma bila melihat tong gas. Kalau aku nampak lori bawak tong gas di jalanraya pun aku rasa macam ada rerama berterbangan dalam perut aku. Sampai sekarang aku masih belum boleh menggunakan dapur gas. Aku masih setia dengan dapur elektrik ku.

Hari ini yang tinggal hanya parut dilengan kiriku dari pergelangan tangan hingga ke siku. Alhamdullilah tak ada parut di wajah aku. Walaupun agak teruk muka aku masa kejadaian tu. Rambut bahagian depan dah mula panjang. Bulu mata dan keningmengambil masa 6 bulan untuk tumbuh seperti sediakala. Fizikal aku dah pulih tapi emosi aku yang tak pulih lagi.





Ini rupa kau selepas 2 hari kejadian. Nizar langsung tak nak dengan Mama masa ni. Aku pun tiap kali bangun pagi mesti terkejut bila pandang cermin. Serius.




Gambar terbaru aku. Lucky aku masih boleh tersenyum. Mintak dijauhkan oleh Allah dari perkara buruk menimpa diri aku lagi. Begitu jugak dengan keluarga aku, dijauhkan dari perkara buruk. Gambar ini dimabil minggu lepas sewaktu kebosanan melanda diri. Lokasi penggambaran di opis.

Khamis, Oktober 20, 2011

Beribu Sesalan





Jom layan lagu dari penyanyi bersuara superb

Rabu, Oktober 19, 2011

Joyah Group

Mari layan pic Joyah Group. Tiap kali kalau kami keluar makan kat luar mesti nak bergambar. Aktiviti wajib. Walaupun pergi tempat yang sama tapi mesti nak bergambar jugak.



Nie mase kami menghadiri jamuan hari raya di hutan bandar.




Masa sambut birthday big boss kat Rosmarino Restaurant, Taman Pelangi.




Lunch time kat Season Cafe, KSL Mall




Itu jer yea banyak sangat. Nanti sambung Part 2 okies.

Selasa, Oktober 18, 2011

Makna Lafaz Nikah


"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."

Bunyi mcm senang? Nah ni makna sebenarnya..


"Aku tanggung dosa-dosa isteriku dari ibubapanya,apa saja dosa yang isteriku buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bukan lagi ibubapa isteriku...

Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal maka aku fasik ,dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah..."

by: Ustaz Zamri


A good thing is best to share...:)


Baru ku tahu makna sebenar lafaz nikah itu. Sungguh berat tanggungan Ayah. Mama harap bukan dosa Mama menjadi kayu pembayar di neraka. Aku harap boleh terus mengingatkan diriku selalu jaga aurat, sembahyang lima waktu dan jangan derhaka kerana setiap perbuatan salah aku bukan saja dosa dicatat padaku tapi pada suamiku. Mama juga tak mau Ayah jadi fasik, dayus kerana dosa Mama.


Actually, masa baru kahwin Ayah ada cakap setiap apa yang Mama buat semuanya Ayah pun tanggung so cuba jaga segala yang dilarang Allah sebab Ayah tak larat nak tanggung banyak dosa, dosa Ayah sendiri , dosa Mama lagi. Masa tu Mama tak berapa paham. Now, I understand. Apa maknanya dan apa makna sayang... Kalau benar sayang Ayah jadilah isteri yang bukan menambah dosa Ayah.


Belajar untuk merubah menjadi lebih baik pada setiap masa.


Dan pada seorang Mama yang punya anak lelaki kesemuanya, ingat anak-anak ku tanggunjawab anak-anak terlalu besar bila dewasa dan bergelar suami dan bapa. Fuh! satu cabaran untuk mendidik anak-anak menjadi seorang SOLEH. Doa Mama moga anak-anak Mama bertemu jodoh dengan seorang wanita yang membawa ke syurga bukan menjadi kayu pembakar di neraka.

Rabu, Oktober 05, 2011

Amboi! Posing Bagai

Entah kenapa lepas mandi Akmal suruh Mama dok amik gambar dia dengan kepala berbungkus bagai.




Akmal lepas mandi mesti bungkus kepala. Dia cakap nak keringkan rambut. Macam rambut tu panjang mengurai. Suka hati kau ler nak.





Amboiiiii kenyet mata lagi ek.






Nie lagi sorang mahkluk Allah yang berposing bajet comel







Macam Hagemaru ok. Tak mau, tak mau posing macam nie lagi