Selasa, Julai 24, 2012

Finally... Medela

Aku saja nak update yang aku akhirnya telah memilih Medela Free Style breast pump. Aku ada bagitau kan harganya ya ampun, memang di luar bajet aku. Tapi alhamdullilah aku dapat penyelesaian untuk memiliki Medela FS. Aku main kutu a.k.a undi. tak ler terasa selupuk duit kuar. Setiap bulan aku kena bayar RM250 selama 6 bulan. Kalau RM250 sebulan tu tak ler membebankan aku. Bulan October nie giliran aku. Yahooo, tak sabar nye nak tunggu. Gedix.

Kesimpulannya, aku pilih Medela FS untuk breast pump aku dan aku sukeee.
Huh delema breast pump dah berakhir dan aku menghadapi delima baru... nanti aku update kat entri lain.

Selasa, Julai 17, 2012

Preggy Picture

Tetiba tergedix pulak nak berposing. Nie sebab baru semalam beli tudung bunga ros dengan ofismate. Tetiba hari nie nak posing dan memandangkan tak pernah lagi posing full body sejak preggy nie, hari nie mintak tolong ofismate amikkan gambar aku yang sangat gemok tu. Sila tengok tanpa bersuara walaupun di dalam hati.

Aku dah 5 bulan@21 weeks.



Rasanya perut aku tak ler besar sangat macam aku mengandung sebelum nie. Aku pun kurang selera nak makan tu ler sebab kot perut aku tak berapa besar. 

Khamis, Julai 05, 2012

Breast Pump

Huh aku dalam delima untuk membeli breast pump. Sekarang nie aku tengah dok survey breast pump. Survey jer tapi belinye bukan sekarang yek. Tetiba dok terpikir nak fulltime breastfeed my coming soon baby. So dok nak cari breast pump elektrik tak mo yang manual, yang ada sekarang yang maual. Letih tangan nak pam. Dua brand yang menawan kelbu ku tapi prze dia amat ler jauh berbeza. Aku nak cari yang suction tak sakit, kalau boleh sama macam baby suction.
Medela free style. Harga paling murah aku dapat RM1450. Kena tunggu dalam tiga (3) bulan baru dapat sebab pre-order direct from US. Kalau kat kedai aku tengok paling murah boleh dapat RM2000. Gulp... tak mungkin aku nak beli.
Yang ni pulak Unimom Allergo dalam RM380. Tapi tak boleh heavy duty sebab kuasa enjin dia tak kuat. Kalau dah pump sekali kena tunggu 3-4 jam baru boleh pump lagi. Tapi suction dia sama seperti baby. Dua brand nie aku sangat suke ok.

Tapi yang lagi aku suke medela sebab sambil pump boleh buat kerja lain sebab dia free style tapi harganya  mahal ler pulak. Emmm... mana nak korek budget .