Selasa, Januari 25, 2011

Holiday Mood

Mood aku dari semalam asyik ingat cuti jer.... hehehehe... Cam aku yg nak sambut raye minggu depan. Walaupon aku tak sambut Tahun Baru Cina tapi aku akan mula bercuti mula ari Senin depan. Huhuhu...bestnye nak gi jejalan. So kesimpulannya aku tak der mood keja. Holiday Mood :)

Jumaat, Januari 14, 2011

List Blog

Hari ini aku nak cite pasal list blog aku a.k.a blog yang aku follow. Kat right hand sidebar aku ada list blog yang aku ikuti. Antaranya ada business blog, society and personal blog. Business blog nie, tempat aku bershoping sakan. Tapi yang aku nak cerita pasal personal blog yang aku ikuti tapi aku tak kenal pon owner blog tu, blog Kahuna, Nampak Macam Sedap dan blog Doa Buat Alana. Blog personal lain tu aku kenal ler owner dia sebab kengkawan aku jer.

Paling aku suke dan tertunggu-tunggu thread baru dari blog tersebut adalah Kahuna Nampak Macam Sedap. Pada aku bukan nampak macam sedap tapi really great. Thumb up!. Aku suke dengan gaya bahasa Kahuna nie. Eh! bukan aku jer yang suke dan puji cara penulisan Kahuna tapi arwah Yasmin Hamid pon tau. Setiap cerita dan isu yang dia tulis disampaikan dengan cara yang selamba, simple tapi menarik. Tiap kali aku baca blog dia mesti aku ketawa terbahak-bahak lepas tu aku termenung memikirkan apa yang dia tulis. Tulisan dia buat aku berfikir tentang isu-isu semasa tapi aku tak rasa tension sebab dia akan selitkan unsur-unsur lucu yang buat aku neutral kembali. First time aku jengah blog Kahuna, Nampak Macam Sedap terus aku suke and jadi follower dia. Tak caya, gi ler jengah blog dia ;
Hah nie ada satu isu yang aku suke aku paste kat sini tapi sikit jer ler yea
"Aku rase, buat malu je bagitau azam taun baru kat orang lain. Sebab kang taun depan orang bleh tanye, "Hah, taun lepas kau kata nak kawin. Ini gilpren pun takde lagi ape cite?"
Kalau azam kau taun ni setakat nak beli iPhone 4, itu adalah azam yang lemah sebab azam kau sebenarnye adelah perabih duit mak bapak dan kerajaan. Lagipun cita-cita kau rendah, sebab alang-alang nak perabih duit kerajaan, jangan la beli iPhone 4. Belila iMac Quad-Core 27 inci terus. Haha.
Jadi taun ni aku nak lebihkan azam yang memerlukan aku bergantung kepada otak dan diri sendiri, bukan duit, bukan bende-bende material. Contohnya bermeditasi tanpa makanan selama 30 hari sambil memikirkan masalah pembuangan bayi di Republik Tonga. Contohnye la. Sebab aku tau aku tak boleh hidup tanpa makanan selama 30 hari. Rekod aku setakat ni 29 hari setengah.
Atau azam yang lebih mencabar seperti menjadi aktivis Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak gay dan lesbian sambil bermarathon serata Malaysia. Oh, tapi kalau ini merupakan azam korang, korang perlu mengambik pakej azam-azam lain seperti:
1. Memiliki kepala yang kebal terhadap balingan batu dan objek-objek tajam.
2. Mempunyai kebolehan menghilangkan diri (atau pintu suka hati) kalau-kalau dipanggil masuk ISA.
3. Kebolehan menukar muka supaya boleh pergi ke pasar tanpa dikenali supaya tidak dilempang bertubi-tubi oleh makcik penjual ikan jenahak.
Pakej azam 4-dalam-1 ini boleh didapati di pusat pembekal Azam2U berhampiran anda, dengan harga RM3200 untuk pakej silver, RM5600 untuk pakej golden, dan sebiji buah pinggang untuk pakej platinum. Dijamin berkesan!
dipetik dari blog Kahuna Nampak Macam Sedap

Blog kedua yang aku suke Doa Buat Alana. Blog luahan hati sepasang suami isteri yang kehilangan puteri tercinta. Luahan hati kedua orang tua Alana yang merindui anak tersayang.

Bisikan Arwah...Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Didalam koma...adik lihat....
Syurga itu sangat hebat...
Hebat dari apa yg mummy cakap...
Adik dah tak boleh nak tunggu lagi...
Sekarang juga adik nak pergi...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Suatu malam datang malaikat...
Adik merayu, adik dah tak larat....
Tolonglah ambil nyawa adik cepat...
Tapi kata'nya' sabarlah dulu...
kerana apabila sampai waktu..
Dia takkan pernah lewat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Pagi tadi 'dia' datang lagi...
Masa hujan turun..membasah bumi..
Dia datang dengan senyuman..
Senyuman manis berserta kiasan...
Tanda adik dah tak berkesempatan..

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila adik dah tiada nanti...
Bolehlah mummy dan daddy berehat lagi..
Kerana adik selama ini...
Sering membuat mummy
menangis..
Tak henti-henti...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila mummy dan daddy leka tak nampak..
Adik bisik kat 'dia'...
Ambil lah sekarang kalau DIA nak...
Adik taknak mummy nanti ternampak-nampak...
Wajah adik yang sedang menanggung azab...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Masa semua tak sedar yang adik dah tiada...
Adik dah tak sakit..tak kejang...dan tak derita...
Alhamdulillah...Adik sihat-sihat saja...
Dan dalam erat pelukan malaikat..
Adik terus dibawa ke syurga...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Dari atas adik nampak mummy menangis kehilangan ..
Adik nampak daddy menangis ketakutan...
Adik nampak abang menangis kesunyian...
Dan adik nampak semua menangis keinsafan...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik nampak muka mummy pucat...
Adik nampak daddy peluk adik erat..
Adik nampak abang menangis kuat-kuat..
Dalam malam pekat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Tiada lah lagi duka nestapa...
Lenyaplah segala sakit sengsara..
Buat mummy dan daddy kedua..
Teruskanlah kehidupan bertiga...
Seperti sediakala....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik akan sentiasa memerhati...
Setiap langkah mummy dan daddy..
Dan semua saudara sedarah ku nanti...
Ke Rumah kita...Di Syurga nanti....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Benda nih adik tak sempat cakap...
Tp adik malu nak ucap...
Ssshhhhh....
Adik amat sayang pada mummy,
Daddy dan...
Abang Nadime.....

Selamat Tinggal....Semua
petiakn dari blog Doa Buat Alana

Ada lagi blog yang aku ikuti tapi aku tak link kat blog aku, nanti ler kalau aku rajin aku link kan. Tapi lebih banyak blog tempat aku bershopping.

Rabu, Januari 12, 2011

Addicted To...

Yes, currently I'm addicted to...............
emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
...............................................................................................................................................................................................................................................................





stainless steel milk bottle...
So mula ler aku mencari info tentang botol stainless steel nie. Banyak ler yang best-best yang aku jumpa. Ada bermacam-macam jenis stainless steel bottle yang menarik dan cantik. Antaranya yang aku minat tapi luar budget aku brand Iiamo. Cantik sangat and intellegent too. Suke ...suke...suke sangat



Memandangkan botol susu yang aku suke tak memenuhi kemampuan poket aku maka aku memilih untuk membeli brand....................................................


EARTHLUST. Botol nie kalau tak nak guna handle boleh bukak dan di beri puting dan juga sippy. Tapi corak dia hanya ada bird & bee. So aku pilih gambar bee.

Botol susu seterusnya yang telah aku pilih untuk beli ialah........


Basix Kid Safe Starter. Botol nie dibahagian luaran disaluti dengan PVC. Ada 3 warna, biru, hijau & pink. Aku pilih warna hijau sebab dah bosan dengan warna biru.

Botol susu terakhir yang menjadi pilihan aku adalah.........

OrganicKidz. Huhuhu.... Botol susu OrganicKidz nie pon corak dia aku suka. Corak botol susu nie dot dot dan ada berbagai warna pilihan. Sangat menarik.

Addicted tak aku ngan botol susu stainless steel nie ;)

Rabu, Januari 05, 2011

Aktiviti Di Taman

Sejak Nizar dah pandai berjalan aku dan suami suka bawak anak-anak ke taman. Kalau tak ke Kebun Istana kami akan ke taman permainan di kejiranan kami.





Berhenti sebentar dari jogging untuk berposing. Waktu ini, Aizat terjatuh semasa mengejar Ayah yang sedang berjogging.

Isnin, Januari 03, 2011

1.1.11@Majlis Kesyukuran & Tahlil

Alhamdullilah aku dan keluarga masih berada di dunia bersama-sama menyambut tahun baru dan lebih bermakna tahun baru kali ini kami menyambutnya dengan membuat majlis kesyukuran dan tahlil.
Walaupun tak sebesar mana majlisnya tapi setiap doa yang di baca dan di aminkan oleh tetamu amat bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih yang tak terhingga pada yang sudi hadir dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Hanya jamuan kecil dan cenderahati penghargaan yang tak seberapa yang dapat kami sekeluarga berikan. Walaupun tak memadai cenderahati penghargaan dibanding dengan doa ikhlas dari tetamu tetapi itu saja yang dapat kami berikan.
Ampun dan maaf andai disepanjang majlis layanan yang diberikan oleh kami sekeluarga banyak kekurangan. Pada tetamu yang tidak dapat kami hantar hingga ke pintu kereta maaf yea kerana tak terlayan dek sibuk melayan tetamu yang lain yang masih ada di rumah.


Appreciation doorgift for the guest. Pulut kuning, home made chocolate, 2 biji apam pecah & plate with stand in the paper bag. 100 paper bags yang dibuat dan habis diberi kepada semua tetamu. Kepada yang tak dapat maaf yea, tak sangka pulak ramai yang menyerang rumah akhak.

Gambar lain masa majlis sedang berjalan tak sempat amik sebab sibuk sangat. Dalam dan luar rumah dari depan ke belakang penuh dengan tetamu sampai tak tau nak layan yang mana dulu. Hopefully tetamu yang hadir tak serik datang rumah kami:)