Isnin, Mac 29, 2010

BBQ Malam Minggu


Malam minggu lepas aku wat BBQ kat rumah. Dah lame tak wat BBQ. Last buat BBQ malam raye haji tahun lepas tapi itupon dibatalkan di saat akhir sebab aku nak bersalin. Suami aku dah hidupkan api nak bakar daging kambing tapi terpaksa matikan api bila aku cakap nak gi hospital sebab cam dah kerap sangat sakit. So, ari Sabtu lepas setelah 4 bulan tak wat BBQ kiteorang pon buat ler. Saja jer suke-suke. Malam tu yang tolong meriahkan dan meramaikan lagi umat kat rumah aku adalah makbapak aku, adik aku, kakak ipar ku dan anaknye dan juga jiran selang sebelah umah aku. Suami aku ajak sorang anak murid dia untuk tolong kipas api.




Akmal & Sarah



Aizat & Sarah



Aizat, Akmal & Achik mereka



Adikku(Diana), kakak iparku & Mamaku



Papaku yang bizi melayan cucu-cucunya


Murshid, anak murid suamiku. Rajin sungguh adik ini

Jumaat, Mac 26, 2010

Rawa Steamboat


Aku nie kata diet tapi semalam aku,suamiku dan Akmal telah pergi makan steamboat kat Rawa Steamboat Restaurant. Risau gak aku masa nak makan takut berat badan naik. Bila aku tanya suami aku boleh menambah berat badan aku tak makan steamboat nie, biasalah Ayah dia jawab tak gemok makan benda-benda rebus aje. Tu nak sedapkan hati Mama ler takut Mama tak nak makan.

Aku pilih banyak sayur-sayuran. Ayam pun ada jugak aku pilih sebab ayam kat situ isi jer tak ada kulit. Harap tak naiuk ler berat badan aku kalau tak hancus diet aku.

Khamis, Mac 25, 2010

Gemok vs Langsing (siri ke2)


RxLite dalam shaker


Setelah seminggu aku mengambil minuman RxLite aku telah berjaya mengurangkan berat badan ku sebanyak 7 kg. Wah! bestnye sekarang badan aku berada dalam BMI yang ideal. Sekarang berat aku 61kg. Aku nak turunkan sampai 55kg. lepas tu boleh ler aku maintain.

Sejak hari Khamis lepas setelah RxLite sampai ke tangan aku, tanpa berlengah lagi aku pun terus minum sepekat. Sehari aku ambil 3 pekat, pagi, tengahari dan malam sebab BMI aku dalam kategori overweight iaitu 26. Hari ini BMI aku dalam kategori ideal so boleh ler aku kurangkan 2 peket sehari.

Menu aku selama seminggu nie; sarapan pagi dengan secawan RxLite dan oat. Snek pagi biskut 3 keping atau roti sekeping dua. Tengahari pulak Rxlite, ayam dan sayuran. Snek petang biskut/oat/buah. Malam aku ambil RxLite, roti/oat/bihun semangkuk kecil dan buah. Kalau rasa lapar tengah malam aku minum susu low fat. Aku juga tak lupa bersenam selama 15-20 minit sehari. Juga aku minum air kosong dalam kuantiti yang banyak untuk melancarkan proses pembuangan toksin dan lemak dalam badan aku.

Aku harap minggu kedua nie ada lagi pengurangan berat badan aku. Good Luck to me again.

Antara menu yang aku makan semasa diet

Rabu, Mac 24, 2010

Seronoknye budak itu


Perasmian dari Akmal

Wah! seronoknya Akmal mandi kat dalam kolam. Apa dah jadi nie kolam ikan bertukar jadi kolam orang. Emmm... pertama kali kolam kat umah tu di penuhi dengan air. Bila air dah penuh Akmal pun amik pelampung bukak baju dan seluar terjun masuk kolam. Lama jugak ler Akmal dok berendam dalam kolam dari petang sampai ke malam. Almaklum pertama kali mandi kat dalam kolam kat umah. Sebelum tu Akmal dok sibuk nengok orang buat kolam tu. Asyik dok tanya bila nak siap.





Bila malam menjelma jeng...jeng...jeng... siapa yang join sama... Ayah pun join jugak. Hahaha... Mama mana pulak tak join sama ker? Maunye tak join, sama-sama join terjun dalam kolam berendam. Wakakah.. hehehe biasa ler kan baru-baru lagi jakun dia lebih. So ikan-ikan kena tunggu dulu yea sampai tuanrumah hilang jakun baru boleh dilepaskan dalam kolam. Tuanrumah nak berendam puas-puas dulu.

Isnin, Mac 22, 2010

Fever & Flu


Nizar berusia 3 bulan sedang lena setelah makan ubat


Pertama kali Nizar diserang deman dan selsema pada Sabtu lepas(20.03.2010). Kesian Nizar. Nasib baik Nizar tak meragam walau pun sakit. Nizar mintak Mama pangku Nizar(angkat kepala Nizar) bila nak menyusu. Mungkin Nizar susah bernafas bila minum susu sambil baring. Nizar tidur aje lepas makan ubat.

Jumaat, Mac 19, 2010

GCFO House Warming

Malam semalam aku telah memenuhi undangan bos aku menghadiri majlis house warming rumah dia. Hanya aku, suamiku dan Akmal saja yang pergi. Aizat dan Nizar tak pergi sebab kedua-dua anak aku tu dok umah mak aku kat Skudai. Malas pulak nak gi jemput dorang. Rumah bos aku nie terletak di Austin Height, jenis rumah semi-D. Menu malam tu ada nasi beriani, kambing, mee, sate, ABC dan kuih muih. Semua ditempah dari Indonesian Food.




View dari depan rumah waktu siang dan malam






View tepi rumah




Ruang Makan




Ruang Tamu




Bilik tidur pun aku masuk jugak. hish hish... melampau betul aku nie.




Jakuzi




Faizal, Akmal & Aku




Antara tetamu yang hadir merangkap opismate aku & x-opismate .




Tuan rumah@ my lady bos, duduk ditengah.

Khamis, Mac 18, 2010

Gemok vs Langsing

Hari nie bermula kembali program dietku. Barang yang ku pesan telah tiba untuk membantu aku dalam proses menguruskan badan. Sekarang badan aku 70kg. Selepas bersalinkan Nizar, anak ketigaku badan aku tak turun-turun. Puas aku berdiet tapi tak turun pun berat badan aku walau sekilo. Aku nak cuba pulak produk pelangsingan badan, RxLite. Hopefully, produk ni dapat membantu usaha aku untuk kuruskan badan aku.



Barang yang ku tunggu-tunggu akhirnya tiba.


Tak tahan aku tengok orang yang langsing. Terkenang-kenang zaman aku langsing dan boleh muat apa saja fesyen baju. Sekarang nie banyak baju aku bila nak pakai sendatnya sampai nak bernafas pun susah. Wah! ini tak boleh jadi aku mesti dapat balik berat badan ideal aku 55kg. Aku kena turunkan 15kg. Sebelum mengandungkan Nizar badan aku 58kg. Bila lepas bersalin berat aku jadi 70kg. Nizar telah meninggalkan babat lemak sebanyak 12kg untuk Mama dia bawa ke sana ke mari.

Satu lagi sejak berat aku naik nie aku rasa bila nak bangun balik dari duduk , mak ai punya ler susah. Macam berat gitu, macam alah-alah pompuan ngandung, terkial-kial nak bangun. Bila jalan pun rase punggung cam tertinggal kat belakang.Baru aku rase cam ner kalau mempunyai berat badan terlebih nie. Isk...payah gitu.

Semoga usaha aku untuk berdiet berjaya hingga mencapai target aku bukan separuh jalan saja. Good Luck For Me...

Rabu, Mac 17, 2010

Eeeee... pengotor ler


Comotnye. Pergi cuci mulut

Eeee...comotnya Nizar. Ini gambor pertama kali Nizar diperkenalkan dengan makanan. Nizar sedang menikmati biskut Milna perisa pisang. Habis comot muke Nizar, baju pun kotor. Lepas habis makan Nizar kena mandi dan salin baju baru. Seroiusnye muke ingat Mama takut ler tu. Napa nak gaduh ek. Meh meh meh...





Gendang gendut tali kecapi kencang perut suke ati.

Ooooh gelak besar ek dah comel. Mentang-mentanglah dah mandi muke pun dah handsome ketawa besar. Kalau tak tadi muke serious jer mintak Mama mandikan. Macam Mama takut. Mama tak takut pun tapi Mama kesian jer kat Nizar. Lagipun Mama tak tahan ler bau Nizar, bucuk.

Tentang kisahputeri34.blogspot.com

Blog ni dibina untuk menceritakan perjalanan kehidupan aku sekeluarga untuk tatapan anak-anakku bila mereka dewasa nanti. Bila mereka dah dewasa mereka tau ler cerita zaman kecik-kecik mereka tanpa aku perlu ceritakan balik cerita mereka. Korang nak tau cerita korang mase kecik bukak aje blog baca ler, ada gambor lagi. Lebih-lebih lagi Nizar yang baru berusia 3+bulan, bolehlah dia tau certa dia sejak bayi lagi.

Kat sini tak ada cerita lain selain cerita tentang aku sekeluarga. Jadi pada yang nak tau cerita tentang politik ker, gosip terkini artis ker, tentang cuaca ker, u got a wrong blog. Sila layari blog lain yea sebab disini tiada cerita lain selain aku, suamiku dan anak-anak. Diulang sekali lagi tujuan utama blog ini dibina hanya untuk mengabadikan cerita perjalanan kami seharian.

Nama blog ni pun dah menggambarkan kisah kami sekeluarga. 'Puteri' di ambil sempena nama taman perumahan dan nama jalan yang kami duduki iaitu Taman Puteri Wangsa, Jalan Puteri.... Nombor '34' pulak adalah nombor rumah kami. Maka terciptalah nama kisahputeri34.

Isnin, Mac 15, 2010

Berpindah

Hari ini aku berpindah ke work station baru. Bilik lama aku di beri kepada HR Manager yang di arah untuk berpindah ke bangunan tempat aku berkerja. So... aku pun kena berpindah ke tempat baru. Work station lama aku lebih privacy sebab tu bos aku suruh bagi pada HR Manager baru. Yerlahkan tugas HR banyak PNC so kena ler tempat yang lebih privacy. Work station baru aku tu tak terlalu privasi sebab orang boleh dengan mudah masuk ke bilik aku.


Work station lama


Fuh letih jugak ler aku hari nie menggangkut harta-benda aku ke work station baru aku. Nasib baik ler ada budak-budak praktikal dapat aku minta tolong. Work station baru aku tu terletak di belakang work station lama aku jer. Tak ler jauh ke mana pun tapi disebabkan aku punya fail banyak tu yang letih memunggah.




New work station


Kabinet baru aku belum sampai lagi tu yang nampak kosong jer. Dalam minggu nie jugak maybe sampailah kabinet baru aku. Boleh ler aku menyusun segala bagai barang-barang aku yang berselerak. Wah nampaknya minggu nie aku bizi mengemas work station baru aku ler yek. Tadi aje berjam-jam menyusun meja kerja aku. Bos aku suruh ikut feng-shui. Tu yang sekejap susun ke kanan kejap susun ke kiri. Ikutkan ajelah.

Birthday Celebration

Aku nak sambung cite pasal birthday Akmal. Hari Sabtu lepas (13.03.2010) Ayah telah membeli sebiji kek ais krim untuk birthday Akmal. Ke main suka lagi Akmal bila dapat kek birthday. Aku tak ajak sesiapa pun untuk meraikan harijadi Akmal hanya aku sekeluarga. Tengok ajelah gelagat Akmal dan adik-adiknya.











Pada 14.03.2010 pula adalah hari jadi aku. Hahaha.. aku dah 34 tahun. Emm.. tua ker tu ek... Tak perlah janji Ayah sayang Mama walaupun Mama bertambah umur.

Mana kek aku pulak. Selalunya birthday aku memang tak ada kek sebab dah beli kek masa harijadi Akmal. Kot nak makan sampai 2 biji kek. Mana larat nak abiskan. Tapi aku masih ada kek birthday dari opis aku. Hehehe... potong kek jugak aku yek...





Masa Akmal tengok pix kek birthday aku dia sound aku, "napa Mama tak bagi kek Mama" Bukan tak nak bagi opis mate aku pun tak cukup nak bawak balik bagi dia. Mau kena sound ngan opismate aku pulak.

Hadiah apa yang suami aku beri untuk aku tahun nie. Suami aku telah memberi sebuah taman dan kolam ikan. Tapi malangnya kolam ikan tak lagi siap dibina menjelang hari lahir aku. Walaupun tak siap lagi tapi aku tetap happy... TQ so much darling muah...






Inilah gambar taman dan kolam ikan yang masih dalam pembinaan.

Aku tengah memikirkan nama untuk taman hadiah pemberian suamiku. Emmm.. okay tak Ayah kalau Mama letak nama taman kita Taman Kasih Mama... Wah mesti Akmal tak puashati tak ada nama dia. Wakakah...Akmal jangan kecik ati tau...

Jumaat, Mac 12, 2010

Happy Birthday My Dear Akmal Safar

Happy Birthday To Akmal. Hari ini besday anak pertama ku Akmal yang kelima. Sedar tak sedar dah lima tahun anak sulongku. Lima tahun dulu pada tarikh yang sama aku selamat melahirkan anak sulungku tepat jam 12.35 p.m. selepas setengah jam aku berhempas pulas meneran untuk melahirkann dia. kalau ikut kalendar islam Akmal lahir pada 1 Safar sebab tu ler namanya Akmal Safar. Senang jer aku dan suami aku letak nama anak. Paling penting maknanya bagus. Betul tak Ayah. Teringat Mama kata-kata Ayah, " untuk kita didik anak kita untuk jadi anak yang baik belum pasti hasilnya tapi untuk beri nama anak yang baik kita pasti boleh." Gitu ler lebih kurang kata-kata Ayah yang Mama ingat.


Akmal ketika berusia sebulan





Akmal hari ini yang berusia 5 tahun

Kek birthday Akmal belum ada lagi. Hari ini kita pergi beli bersama okay... Akmal bagitau dia nak kek ada pix X-Men. So, Ayah where we have to buy our son birthday cake? Emm... Mama buat jerlah,boleh. Kalau nak Mama buat maknanya esok ler. Hari ini tak sempat rasanya. Akmal, kita tangguh dulu acara potong kek. Jangan mare yer...