Jumaat, Ogos 26, 2011

Hamper

Wah! syoknya dapat hamper dari panel loyer & dari kampeni sendiri. TQVM boss, duit raye tak der ker...



From Ishak Sharif & Co. Sebiji kek lapis masam manis. TQVM



Dari syarikat shareholders aku kerja, DRH. Coklat yang sedap dan cantik. TQVM Mr. CEO



Ini pulak dari kampeni aku kerja, DDC. Coklat jugak. Seronok betul anak-anak aku tengok coklat lagi.



Kotak kayu berbalut songket yang besar dan ada kad raya nie, dari syarikat aku berkerja kepada State Government, badan-badan kerajaan dan GLC yang kami berurusan dengan mereka.



Isnin, Ogos 15, 2011

Berbuka @My Place With BFF

8hb Ogos 2011, BFF aku datang rumah untuk berbuka puasa bersama. Kami berkawan sejak sekolah menengah lagi. Actually, BFF aku yang bernama Nurmelfa Rozaimah atau dipanggil Effa dah lama tak balik tanahair sejak berhijrah ke London. Last aku jumpa dia sekitar tahun 2000 gitu. Tahun 2001 dia berhijrah ke London dan bertemu jodoh dengan orang Italy. Menetap ler dia kat London.


Effa, Hasis dan aku ler. Masa nak amik gambar nie punya kecoh. Effa asyik tak puas hati sebab gambar dia gelap sebelah disebabkan pencahayaan yang tak best. Berkali-kali amik gambar bertiga, ponat omak.



Mia, Akmal & Aizat. Mia anak sulung Effa. Isk... suke ati aje budak Mia nie dok macam apek kalah judi.



Mia, Akmal, Vito & Aizat. Masa nie lepas abis makan. Lepas penat mengecah kat atas rumah, turun bawah tengok TV pulak.



Masa tengah berbuka puasa. Kanak-kanak diasingkan dari orang dewasa. Kanak-kanak kena makan kat dapur.



Orang dewasa makan kat depan. Nie tengah tunggu waktu berbuka. Masih sibuk dok berbual atau lebih tepat lagi masih sempat mengumpat.



Antara juadah yang aku hidangkan pada hari itu. Ada yang aku masak dan ada yang aku beli di bazar Ramadhan.

Isnin, Ogos 08, 2011

Telinga

Hari ini aku sakit telinga so tak de mood nak update blog...
Aku nak layan sakit aku nie. Masa aku dah mula posa ler dugaan sakit telinga nie. Cam ner nak letak ubat dalam telinga??? Tahan ajer ler yea sakitnye.

Jumaat, Ogos 05, 2011

Puasa & Berbuka

4 Ramadhan


Itik panggang. First time aku makan itik. En. Ayah cakap itik sedap tapi bila aku rasa boleh ler. Daging itik ni liat sikit. Rasa macam ayam jugak.



Siput sedut masak lemak cili padi. Pijar ler mulut aku menyedut siput nie. Pedas. Akmal & Aizat suka sangat siput sedut. Sanggup tahan pedas.



Popia goreng. Boleh tahan ler. Tapi aku pernah makan yang lagi sedap dari ini.

Juadah berbuka puasa ini semuanya di beli di Bazar Ramadhan S'Mart. Semalam aku tak masak sebab kecoh shopping raya. Beli baju Melayu dan songkok untuk anak-anak.

Khamis, Ogos 04, 2011

Puasa & Berbuka

3 Ramadhan

Kejap jer kan masa berlalu dah selesai 3 hari berpuasa. Semalam aku masak lauk yang mudah. Aku masak kari. Masak kari nie senang dan menjimatkan masa sebab boleh letak sayur sekali. So tak yah nak masak sayur. Jimat masa.


Kari ayam, kentang dan bendi. Kalau aku tengah malas memang aku akan masak lauk yang aku leh letak segalanya so aku tak yang nak masak ikan atau ayam lain masakan dengan sayur.



Sambal belacan untuk Ayah. Hari ini terlebih sangat cili padi nya. So aku tak leh tumpang sekaki.



Kalau aku masak kari, aku mesti kena masak telur masin atau ikan masin sekali. Itu permintaan En. Ayah yea.



Karipap sardin gergasi. Tak comel langsung dan tak menarik. Tapi rasa dia masih sedap. Hasil dari nak cepat sebab jam dah menunjukkan pukul 6.15pm. So inilah hasil kerja yang asal siap leh makan.

Rabu, Ogos 03, 2011

Puasa & Berbuka

2 Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan nie aku dapat pulang awal. Jam 4.00 petang warga kerja DDC dah boleh pulang ke rumah. So sempat ler aku memasak juadah berbuka puasa untuk keluarga aku yea.



Ikan siakap masak stim. Macam lauk aku masa dalam pantang bersalin. Hehehe...



Sambal udang. Kesian Akmal & Aizat kena makan udang pedas sebab aku terlupa goreng udang untuk mereka.



Sayur campur goreng. Selalunya aku jer yang makan sayur. Anak-anak aku sangat susah nak makan sayur.



Kuih kegemaran Ayah. Aku tak tau nama kuih nie yea. Diperbuat dari tepung pulut. Kat dalam ada inti kelapa. Kuah dari santan pekat.

Selamat Berbuka Puasa 8)

Selasa, Ogos 02, 2011

Puasa & Berbuka

1 Ramadhan

Semalam umat Islam mula berpuasa untuk tahun ini. Tapi ada dua orang telah ditangkap tidak berpuasa pada hari pertama puasa...



Amboi-amboi, seronoknya makan buah durian . Orang lain tengah tahan lapar. Dia sedap jer sarapan pagi makan durian yea.




Seorang lagi geng tak puasa sibuk bawak bekas air mengandungi air buah pala. Orang tengah sibuk puasa dia dok sana sini tayang air kaler maroon.

Ehem...ehem... yang tengah menaip cite orang tak puasa macam puasa. Hehehehe... bukan tak nak puasa tapi dah kejadian alam gini cam ner. Tapi kan dah dua (2) tahun berturut-turut "I" tak tinggal puasa yea. So tahun nie nak ler berehat di awal Ramadhan.


Ini pulak juadah berbuka kami sekeluarga. Tak ler penuh satu meja yea.


Lemak cili padi burung puyuh. Pedih perut makan pedas-pedas waktu berbuka puasa.



Pajeri nenas. Lauk nie aku tak ler berapa minat sebab berasakan nenas. Aku memang kalah makan nenas. Mesti sakit perut.



Ini lauk wajib Ayah yang mesti ada. Sambal belacan. Kalau tak ada sambal belacan Ayah mesti kurang selera makan.