Khamis, Julai 28, 2011

T.G.I Friday Farewell Party

Semalam warga kerja DDC mengadakan Farewell Party untuk seorang rakan kerja kami yang akan berhijrah ke tempat lain. Kiteorang telah ke T.G.I. Friday. Masa tengah makan kan Tuanku Sultan Johor mencemar duli datang makan kat sana jugak betul-betul sebelah meja kiteorang. Hehehe... Salah seorang warga kerja DDC memang kenal rapat dengan Tuanku Sultan Johor so dia pon dok kenalkan kiteorang sebagai DDC staff. Actually projek yang tengah kiteorang buat sekarang nie melibatkan tanah Tuanku Sultan Johor so dia familiar ler dengan nama DDC nie.

To my friend Syahirah, Good Luck to you & All da best 8)



Aku pilih Beef Rib. Tak kick sangat ler. Tapi balun jer ler dah FOC kan



Aku dan Hannyza, PA kepada GM aku. Antara geng boleh masuk aku kat DDC.



Yang kecik molek kat belakang Hannyza tu Cik Kasma. Orang lama DDC dari anak dara sampai dah anak dua keja kat sini.



Luv this picture. Walaupun tak semua ada sebab ada yang kerja luar tapi nak kumpul separuh warga kerja DDC dalam satu masa punya susah sebab memasing bizi jer.

Jumaat, Julai 22, 2011

Ikan Koi

Akhirnya hasrat hati Ayah untuk bela ikan ikan koi dalam kolam terlaksana. Memandangkan Akmal, Aizat & Nizar dah tak minat sangat mandi dalam kolam (dah hilang teruja derang kat kolam tu) so dapatlah Ayah lepaskan ikan-ikan koi. Sebenarnya kolam tu di bina untuk bela ikan koi tapi bila dah siap Akmal & Aizat nak mandi dan tak bagi letak ikan. (Nizar tak lahir lagi yea masa kejadian ini berlaku). Ayah kena lah mengalah dan menangguhkan hasrat hatinya. Sekarang bukan ikan koi aje ada, ikan lampan dan kaloi pun ada. Satu lagi ikan Mama lupa ler nama dia. Ikan selain dari ikan koi itu dibela untuk di makan yea.


Ikan-ikan nie kecil lagi. Kalau beli yang besar mau rabak kocek Ayah. Lagi tiga bulan besar ler ikan-ikan nie.


Rabu, Julai 20, 2011

24x70 Single Storey House

Jika anda berminat nak membeli rumah anda boleh menghubungi 012-7500053. Boleh bercakap terus dengan owner rumah nie yea.


Single Storey House. Size 24x70. Price:RM168,000.00. Dah ada grill dan basic lampu saja.

Selasa, Julai 19, 2011

Yeah! Berjaya Juga...

Sebenaranya ta de apa sangat ler kan yang aku berjaya nie. Tapi aku excited ler jugak sebab sebelum nie dok tengok orang jer. Bila tengok orang aku pun macam teringin kan tapi tak pandai. So dipendekkan aku pun beli jugak ler dan cuba ler lepas ditunjuk ajar oleh opismate aku.


Hah gini ler hasil pertama aku memakai shawl. Menjadi jugak ler. Ingat susah sangat kan rupanya tak pun. Aku ingat kena guna banyak pin dan brooch rupanya cukup satu brooch.

Tapi Akmal tak suka aku pakai shawl. Dia cakap pelik tudung Mama nie. Akmal memang paling rajin dan suka mengomen setiap pakaian yang aku pakai. Kadang-kadang dia bagi idea suruh aku pakai baju itu ini dan aksesori itu ini. Tapi dia kalau aku saja cakap keluar rumah tak nak pakai tudung, mau mengamuk dia sampai nangis-nangis. Dia cakap "Malu ler Akmal Mama tak pakai tudung". Pulak dah. Macam dia tahu jer kenapa kena pakai tudung.

Khamis, Julai 14, 2011

Botak

Saya dah botak. Ayah telah membotakkan kepala saya. Masa tukang gunting membotakkan kepala saya, saya menangis ketakutan. Saya takut tak comel. Mama tak ada di sisi saya untuk menyelamatkan saya dari hilang kecomelan saya di ragut oleh tukang gunting rambut. Ayah pujuk saya. Saya masih lagi tak berhenti nangis.


Comel lagi tak saya? Ayah cakap saya comel (tu nak pujuk saya ler tu macam tak tau). Bila sampai rumah Mama pun cakap saya comel. Senyum-senyum saya suke. Perasan sekejap.



Nielah kepala botak saya. Gambar ini di ambil oleh Mama saya sewaktu saya sedang bermain di restoran McD.

Rabu, Julai 13, 2011

Keliling Bandar KK, Pulau Gaya & Lok Kawi

Lepas tengok Gunung Kinabalu, melawat Hot Spring, Kinabalu Park, Taman Botanikal, esoknya kami berjalan-jalan sekitar bandar KK sambil bershoping. Akitiviti yang digemari oleh Puan Mama 8).


Pasar yang di buka di belakang Pasar Kraftangan a.k.a Pasar Filipina. Pasar nie dibuka waktu pagi setiap Ahad saja.





Membeli mutiara di Pasar Kraftangan. Murah tau. Cincin tu RM5 sebentuk.





Pemandangan bandar KK yang di ambil dari atas Bukit Bendera



Menaiki bot untuk meninjau perkampungan nelayan di Pulau Gaya


Percaya tak ada sekolah kat atas air. Sekolah di tengah lautan. Bumbung putih tu sekolah menengah.

Rasanya nie jer lah gambar dan cerita dari kami ke Sabah. banyak lagi gambar tapi Puan Mama tak larat nak upload. Paling penting semua enjoy dan insyaallah next year bulan May kami akan ke sana lagi. Kali ini bawak En. Nizar sekali. Nizar dah besar sikit waktu tu boleh lah bawak. Jangan risau Nizar, Mama confirm bawak Nizar. Tiket dah beli pun. Sabah wait for us...

Isnin, Julai 11, 2011

Kundasang Melihat Gunung Kinabalu

Pepagi kami sekeluarga telah berangkat dari Kg Air ke Kundasang. Sebenarnya nak ke sana memang langsung tak tahu so main redah jer sambil dok tanya dengan orang yang kami jumpa. GPS kat iPhone tak banyak membantu. Nak beli GPS Papago cam membazir jer bukan selalu sangat guna pun. Aku rasa buat perjalanan makin jauh jer kekadang guna GPS nie. Orang-orang Sabah nie yang aku lihat memang peramah dan suka membantu. Kalau kau tak tahu kau bukak mulut tanya mesti diorang tolong kalau diorang tahu. Kalau diorang tak tahu diorang tolong carikan orang yang tahu.


Pemandangan semasa perjalanan ke Kundasang. Pantai Tanjung Rhu yang terkenal di Sabah.


Dua budak yang sudah bosan dan mintak di ambil gambar. Perjalanan ke Kundansang mengambil masa dalam 1 jam 45 minit.


Perjalanan kami di meriahkan lagi dengan pemandangan pelajar-pelajar sekolah yang sedang berlari untuk acara Larian 1Mlalaysia pada hari itu.


Ini kami dah memulakan perjalanan yang berpusing-pusing seperti roller coster. Tapi pemandangan ke atas cantik sangat. Bila lihat keluar nampak banjaran Crocker yang masih berkabus tebal.


Kabus yang tebal membuatkan pemandangan di hadapan kurang jelas. Hati-hati yea Ayah.



Kelihatan Gunung Kinabalu dalam perjalanan kami. Cantik sangat


Berhenti di Pekan Nabalu untuk membeli hasil kraf penduduk di situ.



Ayah, Akmal & Aizat bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.











Ayah sedang membeli cenderahati di Gerai Kraftangan di Pekan Nabalu. Cantik-cantik hasil kraf mereka.

Jumaat, Julai 08, 2011

Percutian di Bawah Bayu

1.7.2011 kami sekeluarga bercuti ke Sabah. Sebenarnya anak-anak aku yang beria-ia minta nak naik kapal terbang sebab tak pernah naik. So nak memenuhi permintaan Akmal & Aizat aku dan suami telah mengambil keputusan umtuk ke Sabah. Mula-mula ingat nak pergi ke Bali tapi suami aku risau sebab bawak anak-anak so pergi dalam Malaysia saja yea. Dan satu lagi suami aku cakap pergi Bali tak boleh bawak anak tapi buat anak. Hah gitu ker.

Kami tiba di Sabah pukul 8.40 malam dan hujan menyambut ketibaan kami sekeluarga. Dok melangut kejap kat airport tunggu kereta sewa. Kereta sewa sampai tterus kami cari tempat makan. Kat Sabah nie kalau nak makan seafood memang murah giler. Lobster yang kat sini harganya RM200 kat sana boleh dapat bawah RM50.






Sejenis rumpai air yang aku tak pernah jumpa sebelum ini. Aku nak cuba. Rasa rumpai air nie masin. Bila makan dengan nasi sedap.














Ini ikan kerapu merah a.k.a kerapu bara. Kalau kat sini 1kg dalam RM40. Tapi kat sana RM35 seekor siap masak.


Ini lah seafood yang aku sekeluarga pilih. Ikan kerapu merah, ketam, sotong ada dua cucuk, udang dan juga rumpai air. Harga semuanya RM80.

Nanti aku cerita perjalanan kami ke Kundasang untuk melihat Gunung Kinabalu.

Rabu, Julai 06, 2011

Emmmm... Aku Nak Bercuti

Hari ini aku kembali bekerja lepas bercuti. Wah banyaknya kertas kerja yang mintak perhatian dari aku. Masa aku bercuti pun tak henti- henti e-mail masuk inbox aku. Lagi sedihkan kampeni aku bagi aku BlackBerry so aku tak ada alasan nak kata tak boleh access email. Tak cukup dengan gangguan email, gangguan SMS dan juga telefon. Mana pergi pun tak boleh lari dari memikirkan hal . Bagi aku dapat BB bukan benefit tapi bebanan dan gangguan. Jangan gembira kalau anda diberi BB oleh majikan kerana anda perlu bersedia diganggu 24 jam dengan hal-hal kerja. Best ada BB? :(

Minggu depan baru aku upload cerita percutian aku yea. Tak sempat nak upload gambar. Tak best pulak bercerita tanpa gambar kan.

Jumaat, Julai 01, 2011

While We Away...


Kami sekeluarga bercuti bermula dari 1.7.2011 hingga 5.7.2011 untuk mendamaikan akal fikiran dan menenangkan jiwa raga.

Kami akan kembali bercerita tentang perjalanan hidup kami sekeluarga setelah kembali dari bercuti.