Khamis, Jun 30, 2011

Aksi Mereka


Ini aksi spontan anak-anak aku bila disuruh bergambar. Gambar nie diambil hari Ahad yang lepas sewaktu mereka baru sahaja bangun dari tidur. Tengok ler tu semua masih pakai pyjamas. Kecuali Nizar yang dah tukar baju sebab baju tidur basah dengan "kebanjiran" yang berbau hancing. Akmal kecik kan mata sebab dia memang tak tahan flash. Aizat sempat menjelir lidah. Apa ingat lawa ler gaya macam tu. Nizar memang buat selamba jer kalau orang nak ambil gambar dia. Memang penat tunggu dia bersedia nak ambil gambar, memang kena curi-curi snap gambar dia.

Anak-anakku korang tengok ek gambar korang nie. Tengok ler telatah dan aksi korang. Cantik ler tu konon...

Rabu, Jun 29, 2011

Novel Lagi...

Semalam aku beli lagi sebuah novel yang aku tak rancang nak beli. Aku walk-in kedai Popular. Sebenarnya plan nak cari buku lain tapi tak jumpa. Aku tertarik dengan tajuk novel ini. Terus aku capai dan belek-belek sekejap. Macam nak tau apa yang tertulis di dalam novel ini aku pun decide beli. Mana tau boleh membantu aku menjadi lebih baik.


I have three sons. Sebab tu aku beli buku nie. Nanti lepas aku khatam buku nie aku bagi review and comments khas untuk ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak lelaki jugak.

Tapi kan novel yang aku beli sebelum nie pun belum lagi aku habis baca. Bila nak baca yang nie pulak???

Selasa, Jun 28, 2011

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio]



Kami sekeluarga sedang suke sangat lagu ini. Mari beramai-ramai nyanyi lagi Pokok.

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Isnin, Jun 27, 2011

ElMigos@Jusco Tebrau City

Semalam aku tutup dapur so pepagi lagi aku dan keluarga dah berumah tangga di JJ Tebrau. Memula sampai cari makan. So aku decide nak ke ElMigos sebab tekak dan perut aku tertarik dengan burger teriyaki kat situ.




Kekonon nak makan bersila dan bersantai kat lantai so kami memilih untuk duduk bersila.



En. Ayah dan Akmal berposing atas permintaaan Pn. Mama



Pn. Mama pulak bergambar dengan dua heroes. Hero paling kecik terpaksa dipegang oleh Pn. Mama supaya tak lari.



Burger Teriyaki yang telah mengoda segala organ-organ sistem pemakanan aku dan membangkitkan keinginaan aku untuk memakannya.



Set untuk kiddos. Tapi Akmal & Aizat tak berapa suka. Diorang makan kentang jer. Kenalah Ayah & Mama perabiskan yang lain.



En. Ayah memilih untuk makan ikan salmon. Okey ler tapi aku pernah makan ikan salmon yang dimasakan dengan cara yang lagi sedap.

Jumaat, Jun 24, 2011

Sunglasses

Saya telah ke sebuah kedai cermin mata di City Square dan telah membeli sebanyak.....




tiga pasang sunglasses. Tapi bukan untuk saya seorang yea.



Cermin mata ini saya beli untuk anak saya yang bernama Aizat. Warna merah bingkainya dan lense berwarna brown.



Yang ini pula saya beli untuk anak saya yang bernama Akmal. Warna bingkainya bukan hitam tapi purple tua. Lense pula warna hitam.

Masa saya membeli sunglasses ini saya membayang mereka dan memilih mengikut citarasa mereka. Sampai rumah saya letak sunglasses tersebut depan mereka dan menyuruh mereka memilih sendiri. Seronok rasanya bila mereka memilih seperti mana yang saya kehendaki. Pandai juga saya membeli barang anak-anak mengikut citarasa mereka.



Dan yang ini pulak sudah tentu untuk saya sendiri. Warna burgundy yea. Memandangkan saya dah ada sunglasses warna hitam so saya beli ler warna burgundy. Bingkai jer burgundy tapi lense warna dark brown.

Kenapa ler saya membeli sampai tiga sunglasses dalam satu masa, dah terlebih sangat duit ke. Membazir tau tak...Harga tiga sunglasses tu dah cecah... Hehehe... memang pun saya tak de duit dan tak de peruntukan dalam bajet untuk beli sunglasses. Dengan selambanya bil sunglasses tersebut telah saya serah pada HR department untuk claim balik. Boleh gitu. Memang pun boleh. Dah setiap tahun memang ada peruntukan tersebut. Napa tak saya gunakan peruntukan itu kan.

Suami, tahun depan giliran awak pulak yea beli sunglasses. Peruntukan tahun nie dah abis saya guna untuk beli sunglasses saya dan anak-anak.

p/s: kenapa ayat dan bhs saya untuk entri ini sgt skema, bosan dan abis bosan

Khamis, Jun 23, 2011

Lunch with Opismate

Semalam warga DDC pergi lunch beramai-ramai. Selalunya kiteorang lunch kat luar bersama-sama awal bulan. Tapi sebab bulan nie semua bizi so buat ler nak akhir bulan. Kali nie kiteorang gi makan masakan Melayu. Asyik makan western jer. Aku tak kisah janji FOC. hehehe



Lauk pauk simple yang sedia untuk diserang oleh kami.




Huhuh... tak tinggal satu pun untuk semut. Habis semua dikerjakan kami.




Aku tersenyum gembira setelah kenyang perut. Kiteroang makan ikan talapia yang besar tu sorang seekor. Hihihihik...

Rabu, Jun 22, 2011

My Family


Ini adalah gambar terbaru kami sekeluarga. Lokasi photoshoot di rumah kami. Jurugambar adalah jiran kami seorang freelance photographer tapi full time job dia guru. Gambar nie di ambil sekitar bulan March 2011 tapi baru aku nak masukkan dalam blog.


Ini pulak gambar kami berdua. Masa nak amik gambar nie punyalah banyak gangguan. Dua budak lelaki yang jeles sibuk jer nak interprem. Akmal & Aizat , Mama & Ayah nak bergambar berdua pun nak jeles. Seboleh-boleh diorang nak jugak join. Sampai kena halau dan tolak-tolak dua budak itu.

Selasa, Jun 21, 2011

Yayang...Acih


Budak yang bernama Adha Nizar dah pandai dan faham apa itu sayang. Semalam sibuk dia cium-cium MAma lepas tu peluk sambil cakap "yayang". Bila Mama peluk dan cium balik, Nizar senyum. Berulang kali Nizar melakukan perkara yang sama sampai naik lemas Mama. Dan yang pastinya cita-cita Mama nak baca novel terbantut.

Nizar pun dah pandai berterima kasih pada orang bila orang bagi sesuatu padanya. Tiap kali Mama bagi biskut Nizar akan ambil dan ucap "Acih". Wah! dah pandai beradab anak teruna bongsu Mama.

Emmm... satu lagi Nizar asyik buli abang-abang Nizar jer. Terbalik betul selalu abang buli adik nie adik buli abang-abangnya. Nizar cukup baik tau dapat abang-abang yang selalu mengalah dan tak melawan balik walaupun sakit abang-abang di kerjakan Nizar. Nizar, yayang abang Akmal & Abang Aizat. Jangan buli abang tau.

Isnin, Jun 20, 2011

Novel


Aku cuba mencari ruang dan waktu untuk diriku sendiri cuba untuk menghabiskan novel terbaru yang aku beli di kedai buku Popular. Lepas hampir 2 minggu novel ini di beli aku baru berjaya membaca hingga chapter 10. Novel nie ada 48 chapters ;)


Kekadang malam hari kalau bosan dengan program tv aku pun curi-curi masa membaca novel ni. Tapi selalunya Nizar akan cuba ambil perhatian aku dengan mengacau aku. Sungguh mencabar rasanya setelah bergelar Mama untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Kalau dulu zezaman single, rasanya 2 ari dah habis sebuah novel aku baca. Sekarang kalau sebulan aku dapat habiskan dah kira hebat sangat.

Ahad, Jun 19, 2011

Percutian Spontan@Final

Lepas penat bagai menziarah "kaum kerabat" di Zoo Negara, kami telah check in di Royale Bintang The Curve Hotel@Mutiara Damansara. Masuk jer dalam bilik hotel semua pejam mata zzzzz. Malamnya kami telah keluar berjalan-jalan di bawah hotel. Kat bawah hotel tu ada street walk so berpusing-pusing ler kat street walk dan berposing-posing ler kiteorang.






Sabtu, Jun 18, 2011

Percutian Spontan@Zoo Negara


Kami telah ke Zoo Negara. Memandangkan setiap kali bercuti, kami cuba untuk mengembirakan penyambung warisan kami, Akmal, Aizat & Nizar maka Zoo Negara menjadi destinasi seterusnya.




















Rabu, Jun 15, 2011

Percutian Spontan

Percutian spontan aku sekeluarga ke KL tanpa dirancang terlebih awal. Hari Isnin (13.6.2011) aku ada meeting di KL. So suami aku telah memcadangkan ke KL pada Sabtu lepas. Hari Sabtu pagi aku sekeluarga telah bertolak ke KL.

Memula sekali suami aku telah membawa anak-anak kami memjejak kaki ke Tasik Titiwangsa, tempat Mama& Ayah bercintan-cintun zaman student. Cewah-cewah mengimbau zaman maksiat nampaknye ;)










Aku sambung esok yea ke mana pulak tempat seterusnya kami tuju.