Selasa, Mac 13, 2012

Dedicated To My Sweetheart

MAAFKAN AYAH, ANAKKU

Saat lena tidurmu
Kucium lembut pipimu mungil
dan kuusup rambutmu
Sungguh anakku, ayah mencintaimu

Maafkan ayah, anakku ketika tadi siang
Engkau kubentak kerana adik baru melelapkan mata
Maafkan ayah, anakku ketika jari ayah
meninggalkan bekas merah di pipimu
hanya kerana engkau makan sambil bermain-main
lalu nasimu tumpah ke lantai,tetapi engkau tidak menangis
hanya matamu bening menatapku dengan ketakutan

Maafkan ayah, anakku yang menolak di saat engkau
hendak mendengarkan ceritamu ynag boleh membuatmu tertawa gembira
hanya kerana ayah sedang lelah kepenatan bekerja
maafkan ayah, anakku sentiasa lewat menjemputmu pulang
Sejak awal subuh hingga lewat senja

Anakku,
betapa ayah bersa bersalah, betapa engkau sangat rindu duduk dipangkuanku
Maafkan ayah, anakku yang marah padamu hanya kerana kesalahan yang sebenarnya bukan kesalahanmu...
Ayah marah kerana ayah kekdang letih menjalankan kerja-kerja ayah
Maafkan ayah anakku...
Kadang-kadang ayah ingin membehagi tubuhku agar segala keinginanmu dipenuhi
Sedang sebahagian tubuhku yang lain mengerjakan tugas dan pekerjaan yang lain
Maafkan ayah, anakku yang tidak mampu memberikan seluruh waktuku untukmu...

Andai engkau tahu sayangku...
Betapa ayah sangat mencintaimu
betapa ayang kadang-kadang boleh begitu takut akan kehilanganmu
Betapa ayah boleh tertawa hanya kerana tingkahmu
betapa ayah boleh menangis tatkala melihatmu kecewa
betapa ayah bimbang ketika engkau sakit

Sungguh anakku,
Cinta ayah padamu hanya Allah yang tahu
tidak ada siapa boleh mengukur betapa dalamnya cinta ayah padamu
Maafkan ayah,anakku....
kerana tidak mampu menjadi ayah sebagaimana
semestinya seorang ayah yang sempurna
Anakku
Redha ayah adalah milikmu
Agar kelak engkau mudah memasuki syurgaNYA
Hanya itu mungkin yang mampu ayah berikan untukmu duhai permata hatiku...
Akmal, Aizat dan Nizar

Dari Ayahmu.

Isnin, Mac 12, 2012

Akmal's Birthday




Cinta hati Mama dan Ayah genap 7 tahun hari ini. Selamat Hari Lahir Akmal Safar bin Mohd Faizal. Love you so much. Muahhhhhhhh.....

Khamis, Mac 08, 2012

Day 1-Sentosa Island

Kami sampai di Singapura dalam pukul 12.00 tengahari tapi check in time pukul 3.00petang. So, lunch dulu kat Rang Mahal Restaurant di Hard Rock Hotel. Serius makanan kat situ marvelous. For info Rang Mahal Restaurant menghidangkan indian cuisine.





Nasi beriani dan lauk pauk antaranya beriani kambing, bayam dan kacang dhal. Thumb up.



The guys waiting the dishes to be served. Sempat posing lagi.




Unik. Rak yang dipenuhi pelita memisahkan washroom.


Lepas perut kenyang kami memulakan langkah pertama berhoyeh-hoyeh di Sentosa Island.


Gedix time a.k.a posing time. Sempat lagi posing tak kira tempat. Jom layan gambar gedix vs gedikssss...







Bawah nie pulak gambar dalam debaran semasa nak naik ride. Tengah bizi pakai helmet dan dengar explanation.


Nie lah ride yang kiteorang naik. Gayat oooo. Sebelum tu kiteorang naik ride ala-ala go-kart.







Walaupun gayat tapi bila depan kamera tetap posing sebab gedixxxx kan.




Pemandangan dari atas yang sempat di ambil.



Nanti aku sambung cerita pasal Hotel Hard Rock pulak yea dan aktivit kami di malam hari semasa di sana.

Rabu, Mac 07, 2012

Team Builder @ Singapore

Jom update blog. Meh sini aku nak cerita tentang team builder yang aku hadiri pada 28& 29 Febuari 2012. Tahun nie kampeni aku buat team builder kat Singapura. Kat mana tu..... tadaaaaaaa








Hari Pertama - 28 Februari 2012, Selasa. Berhoyeh-hoyeh di Sentosa Island. Membetis dan memcucurkan peluh di Sentosa.








Hari Kedua - 29 Februari 2012, Rabu. Kami menyambung hoyeh-hoyeh di Universal Studio Singapore. Lagi banyak peluh bercucuran dan lagi penat kaki melangkah.






Kami merehatkan diri di Hard Rock Hotel, Singapura. Cool hotel. Banyak gambar dan souveniour dari artis antarabangsa di jadikan perhiasan hotel.



Cerita penuh esok yea, penglipurlara nak pergi bersantap. Sudah hampir pukul 1.00pm.

Jumaat, Mac 02, 2012

Bersalah... Penat & Letih

Minggu yang amat kelam kelibut dan huru-hara dalam hidup aku sebagai seorang isteri, Mama dan pekerja. Minggu ni keleurga aku terpaksa mengalah dan aku terpaksa meninggalkan mereka beberapa hari kerana kerjaya aku. Jujur, I hate left them while I'm outstation.


Hari Selasa dan Rabu (28 & 29 Feb 2012) aku ada team builder di Singapore. Hari ini, aku menuju ke Saujana Resort, Shah Alam untuk Annual Dinner.

Dan aku rasa amat bersalah dengan anak-anak aku sebab tak banyak luangkan masa untuk mereka untuk minggu ini, terutama Nizar. Aku keluar rumah dia tak bangun lagi dan bila aku balik rumah, aku yang tak larat nak layan dia. Penat sangat.

InsyaAllah next week aku cuba luang masa cerita pengalaman aku minggu ini.



Penyambung Warisan...


Mama, sangat rindu pada Akmal, Aizat & Nizar. Rindu nak golek-golek dan pot-pet, pot-pet dengan heroes Mama.