Selasa, November 30, 2010

Birthday Blast

Bulan nie adalah bulan hari jadi dalam keluarga aku. Dua heroes aku menyambut hari lahir, Aizar Fitri dan Adha Nizar. Aizat genap 4 tahun pada 5hb Nov lepas dan Nizar genap setahun pada 26hb Nov lepas. Memandangkan aku asyik di timpa musibah maka entri birthday mereka dapat di update hari ini saja.

kek Aizat

Aizat memotong kek besday

Muka comot Aizat lepas makan kek


NIZAR turn pulak interprem ...


Kek superheroes Nizar

Potong kek time

Turn Mama pulak amik gambar ngan heroes

Selasa, November 02, 2010

Kejadian Malam Jumaat

21.10.2010 lebih kurang pukul 7.30 malam aku sibuk memasak untuk makan malam. Mula-mula aku masak bendi goreng udang. Lepas siap mengoreng bendi aku mengulai udang. Aku masak udang masak lemak. Memandangkan anak-anak aku tak tahan pedas aku matikan niat untuk letak cili padi. Aku fikir nak buat sambal belacan kang suami aku pulak kurang selera nak makan kalau tak pedas. Last sekali aku pun goreng ikan siakap untuk anak-anak aku. Sambil goreng ikan aku pun tumbuk sambal belacan. Tengah tumbuk sambal belacan aku lihat api dapur ku macam idup segan mati tak mau. Aku pon bangun untuk mengejas api aku dan tetiba jeng...jeng...jeng bermula tragedi October dalam idup aku. Bagiku kau bukanlah lawanku.Selinagan lagu Awie Wing. Ok back to the story. Allah api meyemarak naik dan menyambar muka dan tangan ku. Aku terkejut dan mula mengibas tangan ku. Aku menjerit sekuat hati ku dan berteriak terbakar... terbakar... Aku rasa api di tapak kaki ku, apa lagi lintang pukang aku lari tak toleh kebelakang. Aku naik ke atas rumah dan menarik anak-anak aku sambil menyuruh anak-anak aku lari turun ke bawah.

Syukur suami aku berada di rumah ketika kejadian. Suami aku dan jiran aku berjaya memadamkan api. Suami kau cakap bunyi gas kuat sangat dan asap tebal sangat walaupun tak sampai lima minit. Kalau tak kuat semangat mau dia dah give up nak padam kan api sebab takut dengar bunyi gas. Memang tunggu masa sangat gas nak meletup sebab api mengelilingi tong gas.

Muka, tangan kiri dan kaki au mengalami kecederaan akibat kebakaran. Alhamdullilah ahli keluarga aku yang lain tak mengalami kecederaan. Paling teruk tangan kiri aku masih lagi belum pulih. Kulit tangan aku masih hitam. Muka aku dah mengelupas, kulit hitam di muka dah tertanggal dan sekarang kulit muka aku kemerah-merahan. Kening aku aje yang masih belum tumbuh begitu hjugak dengan bulu mata aku. Nizar takut tengok aku dan tak nak langsung dengan aku. Ngeri kot tengok muka kau yang hitam terbakar. Aku pon bterkejut nengok muka aku tiap kali bangun pagi. Terkejut "akhak". Copot ler kejap jantung akak nie.



Aku masih truma dan sangat lah tak boelh tengok walau gambar dapur gas. Rasa macam ada rerama yang berterbangan di dalam perut aku nie bila terpandang dapur gasor tong gas.

Nanti aku upload pix yea, tengah nak cari bluetooth. Hello... opismate angkat tangan sapa ada bluetooth.