Khamis, November 29, 2012

Aydin Adli

Perkenalkan si bungsu, Aydin Adli bin Mohd Faizal. Lahir pada 6 November 2012, Selasa tepat jam 2.59 petang.
 
Nak tau pengalaman melahirkan Aydin next entri aku cerita yea.
 
 

Khamis, November 01, 2012

November ...

Tara... NOVEMBER...
Bulan November ni sangat bermakna dalam hidup aku sebab dua anak aku akan menyambut besday. Aizat pada 5hb NOVEMBER dan Nizar pada 26 NOVEMBER. Dan tahun ini insyaALLAh akan   tercipta lagi sejarah dalam hidup aku... aku due bersalin pada 26 NOVEMBER ini. Ini bermakna satu lagi kelahiran dalam keluarga aku akan tercipta.
 
Yes, I'm counting days and nights to deliver my 4th baby. InsyaAllah tahun depan kena sambut tiga (3) harijadi dalam bulan NOVEMBER. Fuh...
 
 
Nizar, Me & Aizat.
 

Rabu, September 26, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya

Pada 18hb September 2012 lepas, tempat kerja aku mengadakan sambutan Hari Raya di Mutiara Hotel. Sambutan Hari Raya diadakan secara tertutup, so untuk staff jer, tak de jemputan. Tapi sebelah siang tu kami semua kena hadiri brainstorming untuk KPI. Huhuhu...sangat stress...




 
 
 
 
Serious aku malas nak update. Pandai-pandai ler korang wat caption sendiri kat setiap pictures.

Jumaat, September 14, 2012

Hik... Me Again

Hahahaha... tetiba datang angin gedix aku sangat nak letak gambar aku yang memboyot. Macam ler cantik sangat gambar perut besar tu. Tapi aku tak peduli ler, tengok jer yea.
 
 
Gambar aku dah 7 bulan setengah mengandung.
 
 

Ntah apa angin aku ajak kawan aku snap gambar aku masa kat opis. Nie lepas balik lunch. Masa lunch kiteorang dah buat projek baik punye.
 

Sebenarnya aku dah ke kedai Bodyshop dan suruh salegirl kat situ pakai kan blusher and touch up make up aku. Hahaha... sekarang nie kalau lunch hour aku memang suka dok bertandang kat kaunter make up. Selalunya kaunter Esteer Launder & Loreal yang jadi mangsa aku,  suka pergi ke sana nak pakai make up free.
 

Eh! Lagi gambar aku, korang layan jer ler yea walaupon dah nak termuntah.
 
 

Rabu, September 12, 2012

Renungan Untuk Diri Sendiri

Mufti Ismail Menk

 "If those without children complained about not having children, those with only boys complained about not having girls, those with only girls complained about not having boys and those with both complained about how much of a handful they are, then WHO is going to show gratitude & satisfaction with the Divine Decree of the Almighty?

Indeed, He chooses, we don’t!

So let’s stop complaining and start being thankful.

The Almighty definitely knows what is best for us!"



Syukur Allah kerana memberi aku tiga (3) anak lelaki yang sihat dan sempurna. InsyaAllah hari raya tahun hadapan mereka berpeluang bergambar berempat tapi samada yang ke-4 akan memakai sepasang baju melayu juga atau baju kurung hanya Allah yang mengetahui. Apa pun aku amat bersyukur jika di beri peluang untuk memotret gambar mereka berempat dalam keadaan mereka sihat dan sempurna. Tak kisah ler apa pun pakaian yang akan digaya kan oleh anak aku yang bakal lahir bulan November ini. Sujud syukur aku padaMu Allah kerana diberi peluang memiliki zuriat sendiri yang sihat dan sempurna.

Isnin, September 10, 2012

Pampering Kit



Hah kali ini aku nak berpantang dengan menggunakan set ini. B'hidan Pampering Kit.
Tiap kali berpantang aku akan guna produk yang berlainan. Tetiba terjumpa pulak produk baru ni. Macam nak cuba ler pulak sebab tak ada jamu bagai. Macam sangat praktikal.  Lagi satu macam cantik jer packaging nya.
 
Nanti bila aku dah gunakan aku bagi review yea. Sekarang nie baru nak menempah online.

Khamis, September 06, 2012

I'm 7 month

Semalam genap 7 bulan aku mengandungkan anak aku yang ke 5. Huh diam tak diam dah 7 bulan aku bawak bersama baby dalam rahim aku. Sekarang ni baru aku rasa berat badan aku. Nak gerak pun dah susah sikit. Nak sembahyang lagi ler, terkial-kial aku di buatnye masa nak bangun lepas sujud.
 
Dan soalan yang orang suka tanya aku, dah scan lom ? girl or boy?
Dan jawapan aku pada soalan tu, dari 6 weeks dah scan. Tak kosa nak tanya doctor jantina baby sebab tak kisah sangat boy or girl. Aku nak baby bukan kerana jantina nya tapi sebab aku nak zuriat dari darah daging sendiri. Kalau nak baby sebab jantina baik aku ambil anak angkat dan boleh pilih jantina mana yang aku nak ambil.
 
Selalu kalau jumpa doctor apa yang di tanya baby membesar seperti sepatutnya ker, sebab perut aku kali nie tak besar sangat so sangat takut baby tak membesar dan berat badan aku naik pun sikit sangat. Kekadang tak naik langsung tapi turun ada ler. Tapi alhamdullilah, berat badan baby meningkat naik dan panjang baby seperti yang sepatutnya.
 
Hopefully kali ni aku mudah bersalin seperti sebelumnya :)


Rabu, September 05, 2012

Legoland Family Day

Last Sunday, 2nd September 2012 aku dapat invation Legoland Family Day. Aku dapat 10 tickets free. So aku boleh ler angkut sesapa yang aku suka.
 
Cenggini ceritanya aku dapat ticket Legoland tu... ramai sangat yang tanya cam ner nak dapat ticket free. Aku dapat dari kampeni aku nie. Memandangkan kampeni aku ni bawah Khazanah Nasional Berhad so ter"list ler dalam invitation list. Kampeni aku nie pun developer for leisure and tourist, kiteorang pun ada buat theme park kat Desaru. Tu ler maybe masuk dalam list invitation. So, dah dapat peluang pergi percuma dan antara pengunjung-penghunjung terawal so tak kan nak lepas peluangkan. Enjoy jer ler... anak-anak kau lah kan. Aku yang tengah memboyot nie mana ler dapat main.


 
Gedix sangat masa dapat tiket Legoland. Siap nak posing. Macam ler best sangat.


 

Kami di depan entrance Legoland

 
 
Pada yang nak pergi sana boleh ler pergi berhoyeh-hoyeh mulai 15 September 2012. Legoland officially open to public on 15 September 2012. Tiket masuk bagi adult RM 140 dan kekanak RM110. Nak lagi pasti sila semak di website Legoland Malaysia.

Khamis, Ogos 30, 2012

Salam Lebaran

Tahun nie aku sekeluarga menyambut lebaran di Johor Bahru jer. Kat Skudai rumah orang tua ku. Raya kedua baru pulang ke Negeri Sembilan. tapi tahun nie kami sekeluarga pulang ke Kuala Pilah bukan Port Dickson.

Walaupun aku sedang memboyot bukan bermakna akutak leh vogue di pagi raya. Nasib baik masih boleh nak sarung baju raya aku. Kalau tak huhuhu kena pakai costum preggy. Uhhhh tak glamer ler pagi raya.


Tahun nie tema aku warna oren. Dok tertenggek kat atas nak cover perut.

 





Mama & three heroes

 
My sisters. Terselit pulak Mr. Adha Nizar. Tak nak berenggang dengan Mama.

 


Gentlemen in d'house. Sons in law and grandsons


Tok Ma & Tok Sim dengan cucu-cucunya.  Cucu tak cukup korum lagi dua tengah moody.


Khamis, Ogos 09, 2012

Iftar Anjuran Opis

Last week ofis aku ada anjurkan iftar di Persada Johor bersama stakeholders. Aku pun join jugak ler. Sangat suke dengan kambing kuzi nye begitu jugak dengan sum meah gearbox. Thumb up!







Itu saja yea entri kali ini. Nanti kite cerita lagi pasal preparation raye pulak.

Jumaat, Ogos 03, 2012

Iftar...Ramadhan

Alhamdullilah dah 14 Ramadhan hari ini dan alhamdulilah dah 14 hari jugak aku berpuasa. InshaAllah aku mengharap dapat berpuasa penuh tahun ini. Moga Allah menganugerahi kesihatan dan ketabahan untuk aku berpuasa penuh.

Sepanjang Ramadhan ini aku sempat masak untuk iftar almaklum aku dapat pulang awal pukul 4.00 petang. Banyak ler masa nak masak juadah untuk iftar. Sekali jer aku iftar kat luar sebab opis aku anjurkan majlis iftar bersama stakeholders. So kena ler join.

Meh layan menu aku yang tak seberapa nie. Nie aku menu aku hari Isnin.


 Sayur campur aku yang simple.
Asam pedas ikan siakap. hari nie dok pikir nak masak apa yea. Semalam dah masak paprik seafood kot nak ulang menu sama.

Selasa, Julai 24, 2012

Finally... Medela

Aku saja nak update yang aku akhirnya telah memilih Medela Free Style breast pump. Aku ada bagitau kan harganya ya ampun, memang di luar bajet aku. Tapi alhamdullilah aku dapat penyelesaian untuk memiliki Medela FS. Aku main kutu a.k.a undi. tak ler terasa selupuk duit kuar. Setiap bulan aku kena bayar RM250 selama 6 bulan. Kalau RM250 sebulan tu tak ler membebankan aku. Bulan October nie giliran aku. Yahooo, tak sabar nye nak tunggu. Gedix.

Kesimpulannya, aku pilih Medela FS untuk breast pump aku dan aku sukeee.
Huh delema breast pump dah berakhir dan aku menghadapi delima baru... nanti aku update kat entri lain.

Selasa, Julai 17, 2012

Preggy Picture

Tetiba tergedix pulak nak berposing. Nie sebab baru semalam beli tudung bunga ros dengan ofismate. Tetiba hari nie nak posing dan memandangkan tak pernah lagi posing full body sejak preggy nie, hari nie mintak tolong ofismate amikkan gambar aku yang sangat gemok tu. Sila tengok tanpa bersuara walaupun di dalam hati.

Aku dah 5 bulan@21 weeks.



Rasanya perut aku tak ler besar sangat macam aku mengandung sebelum nie. Aku pun kurang selera nak makan tu ler sebab kot perut aku tak berapa besar. 

Khamis, Julai 05, 2012

Breast Pump

Huh aku dalam delima untuk membeli breast pump. Sekarang nie aku tengah dok survey breast pump. Survey jer tapi belinye bukan sekarang yek. Tetiba dok terpikir nak fulltime breastfeed my coming soon baby. So dok nak cari breast pump elektrik tak mo yang manual, yang ada sekarang yang maual. Letih tangan nak pam. Dua brand yang menawan kelbu ku tapi prze dia amat ler jauh berbeza. Aku nak cari yang suction tak sakit, kalau boleh sama macam baby suction.
Medela free style. Harga paling murah aku dapat RM1450. Kena tunggu dalam tiga (3) bulan baru dapat sebab pre-order direct from US. Kalau kat kedai aku tengok paling murah boleh dapat RM2000. Gulp... tak mungkin aku nak beli.
Yang ni pulak Unimom Allergo dalam RM380. Tapi tak boleh heavy duty sebab kuasa enjin dia tak kuat. Kalau dah pump sekali kena tunggu 3-4 jam baru boleh pump lagi. Tapi suction dia sama seperti baby. Dua brand nie aku sangat suke ok.

Tapi yang lagi aku suke medela sebab sambil pump boleh buat kerja lain sebab dia free style tapi harganya  mahal ler pulak. Emmm... mana nak korek budget .

Jumaat, Jun 22, 2012

First Kick

Just nak bagi tahu very excited amat, hari ini aku dapat rasa tendangan pertama my baby. Hahaha... macam ler anak pertama nak over excited. Tapi aku memang sangat seronok okey sebab aku jer dapat rasa pengalaman itu. Orang lain nak rasa tendangan dari my baby tunggu dia lahir dan besar.

Isnin, Mei 28, 2012

Bayam

Sekarang nie aku suka sangat makan sayur bayam. Boleh dikatakan tiap hari aku nak makan sayur bayam. Semalam, suami aku beli tiga ikat sayur bayam dan aku masak semua sayur bayam tersebut. Aku makan 2 mangkuk besar sayaur bayam sesorang. Entah lah apa ynag baut aku rasa best sangat makan sayur bayam. tapi aku selera sayur bayam masak air jer.  Masak lain aku tak leh masuk. Lagi kalau masakan ada santan konpem aku termuntah. Tengah taip entri nie tetiba nak makan sayur bayam lagi. Kalau waktu lunch, aku mesti tak miss beli sayur bayam satu polistrin.

Sayur bayam nie aku google dari internet untuk menghiasi entri aku kali ini. Ini bukan sayur bayam yang suami aku beli semalam.

Jumaat, Mei 25, 2012

Secretaries' Week 2012

Hahaha dah lama giler secretaries's week aku baru terhegeh-hegeh nak buat entry pasal nie. Dan yang lagi penting macam mana aku boleh terjebak dengan secretaries week padahal aku bukan ler Secretary pada mana-mana bos. Opis aku dah beli 2 meja untuk secetaries week kat Persada Johor, jadinya staff perempuan kena ler pergi walaupun kau bukan secretary. Gitu ler yea cerita aku leh terjebak dalam secretaries week.



Jumaat, Mei 04, 2012

Kerna Dia...

Sepatutnya aku sekeluarga sedang berada di Kota Kinabalu hingga hari Selasa depan. Tapi aku dan suami telah mengambil keputusan untuk membatalkan percutian kami disebabkan keadaan aku yang tak mengizinkan. Atas nasihat Doktor, aku tak dibenarkan menaiki kapalterbang buat sementara waktu hingga kandungan aku mencecah usia 4 bulan.

Demi keselamatan kandungan aku yang dah mencecah usia 11 minggu, percutian yang lama telah dirancang di batalakan dan tiket kapal terbang yang telah di beli terpaksa "burn" gitu jer.

Percutian aku keBbandung pada bulan tujuh nie pun besar kemungkinan juga di batalkan waluapun tiket sudah di beli jugak.

Anak-anak Mama dan Ayah jangan sedih yea. Next year, InsyaAllah kita pergi bercuti yea.

Khamis, April 26, 2012

Yahooo...Coti

Hari ini saya last kerja, esok saya mula bercuti sampai hari Selasa depan baru naik kerja semula. Wah! sangat excited. Last saya amik cuti masa bulan Januari untuk daftar anak masuk sekolah. Dan lagi, esok rombongan keluarga MIL dari Negeri Sembilan datang bertandang ke rumah saya.
Mari kemas rumah...Sekian, terima kasih.

Selasa, April 17, 2012

Kali Ini Dugaannya...

Untuk kali kelimanya, dugaan aku kali ini adalah setiap minggu hingga minggu ke 11 aku perlu di beri suntikan untuk support kandungan aku. Aku dikategorikan sebagai high risk abortion.

Sekarang aku dah 8 minggu so ada lagi 4 kali suntikan aku kena ambil. Setaip ari sebanyak 2 biji pil Duphuston aku kena telan.

Dr. Tokha cakap ada gumpalan darah di luar kantung baby aku. Gumpalan darah ni boleh membesar dan bila dah cukup besar badan secara automatik akan menolak gumpana darah ini sebab sistem badan akan tafsirkan ia sebagai benda asing. Bila gumpalan darah ini ditolak keluar , ia akan membawa sekali baby keluar bersama.
Doakan segalanya selamat yea. Setiap kali preggy aku memang sengsara. Tapi alhamdullilah aku mudah bersalin. Kali ini mabuk aku tak teruk tapi aku di duga dengan dugaan seperti ini pula. Moga aku terus sabar dan diberkati ALLAH.
Kalau tengok kat buku check up aku yang kaler putih nie (Regency Specialist Hospital Atenatal Record Book kaler putih bukan pink), kat column GRAVIDA hah nurse tulis "5" kan. Maknanya anak aku ke lima. Humang oiii banyak tu.

Jumaat, April 13, 2012

Shanghai Night

Cerita nie sangat dah basi. Anual Dinner kat kampeni aku this year diadakan pada 2 Mac 2012 lepas. Tema Annual Dinner-Shanghai Night 1920. Kali ini Annual Dinner diadakan di Saujana Resort kat Subang. Nasib baik penginapan dan kenderaan di sediakan. Kalau tak aku memang malas nak pergi. Kelam kelibut gak ler aku nak cari baju ala-ala cheongsam. Last aku beli blouse yang ada butang-butang cina.
















Rabu, April 04, 2012

Universal Studio, Singapore

Hari kedua kami berhoyeh-hoyeh di USS. Bagi aku bila pergi ke theme park tanpa anak-anak tak ler happening sangat. Tapi bila aku tengok rider kat USS nie tak berapa sesuai utntuk anak-anak aku yang berusia antara 7 tahun - 3 tahun. Kena tunggu Nizar 10 tahun baru boleh pergi. Kalau tak tak banyak yang boleh anak-anak aku main. Atau tak payah pergi kita ke Legoland akhit tahun ni. ;)


Posing depan USS waktu malam hari.


Siang hari pulak posing depan USS.


Figure yang kami terserempak semasa melilau di USS. First figure yang dapat aku bergambar bersama, Mr. & Mrs. Woody Woodpecker.


Alamak yang nie aku lupe pulak apa namanye.


My new handsome boyfriend. Scary tak?









Aku naik rider Tranformer dua kali. Syok oooo. Tapi kan aku naik rider Mumia sekali jer dan taubat aku tak hengin nak naik lagi. Berapa kali jantung aku copot, aku kutip balik letak semula.

Selasa, April 03, 2012

Hard Rock Hotel, Singapore

Baru hari ini aku berpeluang nak sambung cerita aku berteam builder di Singapura. Masa kat Sinapura aku telah bermalam di Hard Rock Hotel. Satu jer tak best sangat kat sini, makanannya. Bukan tak sedap tapi kena berhati-hati masa nak pilih makanan sebab non halal foods tak dihidangkan berasingan. Diletak bercampur dengan halal foods. So kena baca betul-betul masa nak pilih dan ambil makanan takut terambil makanan non-halal.







Ok itu jer yea buat kali nie nanti sambung cerita di USS pulak. Tak leh panjang-panjang nak rushing ada appoitment kat luar.