Khamis, Mac 31, 2011

Stanless Steel Bottel vs BPA Bottle

Botol susu BPA dah diharamkan kerajaan berkuatkuasa 2012. So marilah menukar botol susu anak-anak ke stanless steel bottel or glass bottle. Ramai yang tanya mana nak beli botol susu stanless steel, emmm.. kalau kat JB nie kan cari ler di KSL City Mall di kedai QQ Kid tak silap aku namanya. Lebih murah botol bosi & kacanya, dalam RM40-RM50 gitu sebab dari Korea. Kat Batu Pahat pun ada tapi aku tak sure kat mana yea QQ Kid nie. Satu lagi kat Angsana, Jikibin stall. Tapi kat Jikibin produk dia banyak dari USA so lebih mahal dari Korea. Satu botol dalam RM80-RM100.
Kalau yang aku beli, ketiga-tiga botol susu dari USA. Satu botol dalam RM90-RM100. Make your choice ;)

Ahad, Mac 27, 2011

Testing...

Testing entri. Huhuhu tak tau nak upload pix. Nak kena belajar.

Jumaat, Mac 25, 2011

Tak bestnye

Hari ini aku sakit so aku tak leh nak menggedik di lunch hour yang panjang. Plan semalam masa lunch nak gi shopping kat CS almaklum hari ini hari gaji :) Yelah hari Jumaat untuk umat Islam lelaki mendirikan sembahyang Jumaat dan untuk wanitanya pulak waktu bershopping or tido.
Tapi sakit menyerang aku so tukar plan tido dari 12.15pm - 2.45pm. So esok jer ler aku meng perabis gaji aku. Huhuhu...

Rabu, Mac 16, 2011

New Environment

Pada 7hb Mac 2011 secara rasmi aku telah menjadi ahli keluarga DDC setelah meninggalkan Denko Group. Bermula episod baru dalam hidup aku di sini sebagai Asst. Vice President Legal & Secretarial.


Gambar ini di ambil pada hari pertama aku join DDC. Gambar untuk di upload dalam website merangkap gambar ID card.


Ini pulak gambar warga kerja DDC. Mamat yang dok depan aku tu, Vice President aku dan yg dok tengah tu GM aku yea.

Isnin, Mac 14, 2011

Selamat hari Jadi Akmal & Mama

Happy Birthday my dear Akmal. Akmal genap 6 tahun pada Sabtu,12hb Mac 2011.

Tahun ni Akmal nak kek Tom & Jerry. Aku telah menempah dengan Alin yang duduk dekat jer ngan tempat tinggal aku. Senang kek dihantar ke depan pintu.







Hari ini Isnin, 14hb Mac 2011 hari jadiku yang ke 35 tahun. Tak ada kek birthday yea almaklum dah beli kek masa harijadi Akmal. Selalunya harijadi aku tak ada kek ler.

Terima kasih cinta. Kek tak ada tapi hadiah tetap ada.

Rabu, Mac 09, 2011

Cameron Highland

Memandangkan percutian nie dah lama , so aku just upload pix jer yea. Baru sempat nak wat entri nie. Mase cuti CNY aku gi Cameran Highland. Lepas 10 tahun tak ke sini akhirnya aku berkesempatan bercuti lagi ke sini.















Esok sambung upload pix lain yea.

Khamis, Mac 03, 2011

Emo pulak... DIA

Aku fikir aku tak kan tersentuh bila ada yang bertanya tentang DIA... tapi rupanya hati aku tersentuh jua bila ada yang bertanya tentang DIA. Walaupun tak ada airmata yang berguguran atau bergenang di mata aku tapi hati aku akan tersentuh dan terusik...

Aku tak pernah mengenali DIA tapi aku menyayangi DIA sepenuh hati dan hingga kini tak pernah aku lupa tentang DIA yang pernah berkongsi segalanya dengan aku. Walau saat bersama DIA terlalu singkat tapi DIA ku kenang hingga kini...

Dan hingga kini aku masih bertanya mengapa DIA telah tiada ... Salah aku kah?
Aku pasti aku takkan menemui jawapannya. Tapi yang aku pasti, aku akan terus mengingati dan mengenang DIA kerna aku wanita yang bergelar mama kepada DIA.


Set ini untuk DIA yang baru disiapkan oleh kawan aku. Kawan aku tak tahu DIA telah tiada dan meneruskan menyiapkan set ini dan hantar kepada aku. Bila aku terima , tersentuh dan terusik hatiku. Akan ku simpan untuk dijadikan tanda ingatan pada DIA. Mana tau kot DIA ada 'adik' boleh aku beri pada 'adik' DIA. Hehehe ;)