Rabu, September 26, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya

Pada 18hb September 2012 lepas, tempat kerja aku mengadakan sambutan Hari Raya di Mutiara Hotel. Sambutan Hari Raya diadakan secara tertutup, so untuk staff jer, tak de jemputan. Tapi sebelah siang tu kami semua kena hadiri brainstorming untuk KPI. Huhuhu...sangat stress...




 
 
 
 
Serious aku malas nak update. Pandai-pandai ler korang wat caption sendiri kat setiap pictures.

Jumaat, September 14, 2012

Hik... Me Again

Hahahaha... tetiba datang angin gedix aku sangat nak letak gambar aku yang memboyot. Macam ler cantik sangat gambar perut besar tu. Tapi aku tak peduli ler, tengok jer yea.
 
 
Gambar aku dah 7 bulan setengah mengandung.
 
 

Ntah apa angin aku ajak kawan aku snap gambar aku masa kat opis. Nie lepas balik lunch. Masa lunch kiteorang dah buat projek baik punye.
 

Sebenarnya aku dah ke kedai Bodyshop dan suruh salegirl kat situ pakai kan blusher and touch up make up aku. Hahaha... sekarang nie kalau lunch hour aku memang suka dok bertandang kat kaunter make up. Selalunya kaunter Esteer Launder & Loreal yang jadi mangsa aku,  suka pergi ke sana nak pakai make up free.
 

Eh! Lagi gambar aku, korang layan jer ler yea walaupon dah nak termuntah.
 
 

Rabu, September 12, 2012

Renungan Untuk Diri Sendiri

Mufti Ismail Menk

 "If those without children complained about not having children, those with only boys complained about not having girls, those with only girls complained about not having boys and those with both complained about how much of a handful they are, then WHO is going to show gratitude & satisfaction with the Divine Decree of the Almighty?

Indeed, He chooses, we don’t!

So let’s stop complaining and start being thankful.

The Almighty definitely knows what is best for us!"



Syukur Allah kerana memberi aku tiga (3) anak lelaki yang sihat dan sempurna. InsyaAllah hari raya tahun hadapan mereka berpeluang bergambar berempat tapi samada yang ke-4 akan memakai sepasang baju melayu juga atau baju kurung hanya Allah yang mengetahui. Apa pun aku amat bersyukur jika di beri peluang untuk memotret gambar mereka berempat dalam keadaan mereka sihat dan sempurna. Tak kisah ler apa pun pakaian yang akan digaya kan oleh anak aku yang bakal lahir bulan November ini. Sujud syukur aku padaMu Allah kerana diberi peluang memiliki zuriat sendiri yang sihat dan sempurna.

Isnin, September 10, 2012

Pampering Kit



Hah kali ini aku nak berpantang dengan menggunakan set ini. B'hidan Pampering Kit.
Tiap kali berpantang aku akan guna produk yang berlainan. Tetiba terjumpa pulak produk baru ni. Macam nak cuba ler pulak sebab tak ada jamu bagai. Macam sangat praktikal.  Lagi satu macam cantik jer packaging nya.
 
Nanti bila aku dah gunakan aku bagi review yea. Sekarang nie baru nak menempah online.

Khamis, September 06, 2012

I'm 7 month

Semalam genap 7 bulan aku mengandungkan anak aku yang ke 5. Huh diam tak diam dah 7 bulan aku bawak bersama baby dalam rahim aku. Sekarang ni baru aku rasa berat badan aku. Nak gerak pun dah susah sikit. Nak sembahyang lagi ler, terkial-kial aku di buatnye masa nak bangun lepas sujud.
 
Dan soalan yang orang suka tanya aku, dah scan lom ? girl or boy?
Dan jawapan aku pada soalan tu, dari 6 weeks dah scan. Tak kosa nak tanya doctor jantina baby sebab tak kisah sangat boy or girl. Aku nak baby bukan kerana jantina nya tapi sebab aku nak zuriat dari darah daging sendiri. Kalau nak baby sebab jantina baik aku ambil anak angkat dan boleh pilih jantina mana yang aku nak ambil.
 
Selalu kalau jumpa doctor apa yang di tanya baby membesar seperti sepatutnya ker, sebab perut aku kali nie tak besar sangat so sangat takut baby tak membesar dan berat badan aku naik pun sikit sangat. Kekadang tak naik langsung tapi turun ada ler. Tapi alhamdullilah, berat badan baby meningkat naik dan panjang baby seperti yang sepatutnya.
 
Hopefully kali ni aku mudah bersalin seperti sebelumnya :)


Rabu, September 05, 2012

Legoland Family Day

Last Sunday, 2nd September 2012 aku dapat invation Legoland Family Day. Aku dapat 10 tickets free. So aku boleh ler angkut sesapa yang aku suka.
 
Cenggini ceritanya aku dapat ticket Legoland tu... ramai sangat yang tanya cam ner nak dapat ticket free. Aku dapat dari kampeni aku nie. Memandangkan kampeni aku ni bawah Khazanah Nasional Berhad so ter"list ler dalam invitation list. Kampeni aku nie pun developer for leisure and tourist, kiteorang pun ada buat theme park kat Desaru. Tu ler maybe masuk dalam list invitation. So, dah dapat peluang pergi percuma dan antara pengunjung-penghunjung terawal so tak kan nak lepas peluangkan. Enjoy jer ler... anak-anak kau lah kan. Aku yang tengah memboyot nie mana ler dapat main.


 
Gedix sangat masa dapat tiket Legoland. Siap nak posing. Macam ler best sangat.


 

Kami di depan entrance Legoland

 
 
Pada yang nak pergi sana boleh ler pergi berhoyeh-hoyeh mulai 15 September 2012. Legoland officially open to public on 15 September 2012. Tiket masuk bagi adult RM 140 dan kekanak RM110. Nak lagi pasti sila semak di website Legoland Malaysia.