Syukur suami aku berada di rumah ketika kejadian. Suami aku dan jiran aku berjaya memadamkan api. Suami kau cakap bunyi gas kuat sangat dan asap tebal sangat walaupun tak sampai lima minit. Kalau tak kuat semangat mau dia dah give up nak padam kan api sebab takut dengar bunyi gas. Memang tunggu masa sangat gas nak meletup sebab api mengelilingi tong gas.
Muka, tangan kiri dan kaki au mengalami kecederaan akibat kebakaran. Alhamdullilah ahli keluarga aku yang lain tak mengalami kecederaan. Paling teruk tangan kiri aku masih lagi belum pulih. Kulit tangan aku masih hitam. Muka aku dah mengelupas, kulit hitam di muka dah tertanggal dan sekarang kulit muka aku kemerah-merahan. Kening aku aje yang masih belum tumbuh begitu hjugak dengan bulu mata aku. Nizar takut tengok aku dan tak nak langsung dengan aku. Ngeri kot tengok muka kau yang hitam terbakar. Aku pon bterkejut nengok muka aku tiap kali bangun pagi. Terkejut "akhak". Copot ler kejap jantung akak nie.
Aku masih truma dan sangat lah tak boelh tengok walau gambar dapur gas. Rasa macam ada rerama yang berterbangan di dalam perut aku nie bila terpandang dapur gasor tong gas.
Nanti aku upload pix yea, tengah nak cari bluetooth. Hello... opismate angkat tangan sapa ada bluetooth.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan