Khamis, Mac 03, 2011

Emo pulak... DIA

Aku fikir aku tak kan tersentuh bila ada yang bertanya tentang DIA... tapi rupanya hati aku tersentuh jua bila ada yang bertanya tentang DIA. Walaupun tak ada airmata yang berguguran atau bergenang di mata aku tapi hati aku akan tersentuh dan terusik...

Aku tak pernah mengenali DIA tapi aku menyayangi DIA sepenuh hati dan hingga kini tak pernah aku lupa tentang DIA yang pernah berkongsi segalanya dengan aku. Walau saat bersama DIA terlalu singkat tapi DIA ku kenang hingga kini...

Dan hingga kini aku masih bertanya mengapa DIA telah tiada ... Salah aku kah?
Aku pasti aku takkan menemui jawapannya. Tapi yang aku pasti, aku akan terus mengingati dan mengenang DIA kerna aku wanita yang bergelar mama kepada DIA.


Set ini untuk DIA yang baru disiapkan oleh kawan aku. Kawan aku tak tahu DIA telah tiada dan meneruskan menyiapkan set ini dan hantar kepada aku. Bila aku terima , tersentuh dan terusik hatiku. Akan ku simpan untuk dijadikan tanda ingatan pada DIA. Mana tau kot DIA ada 'adik' boleh aku beri pada 'adik' DIA. Hehehe ;)

1 ulasan:

  1. sabar aeh kak, apa2 mesti ada hikmahnya.. kak, jgn lupa update tempat keje baru..

    BalasPadam