Isnin, April 25, 2011

Sukan Tahunan Anak-anak

Semalam, Sabtu, 24.04.2011 tadika anak-anak ku mengadakan acara sukan tahunan mereka. Acara tersebut di adakan di Padang Layang-layang,Pasir Gudang. Seronok jugak tengok bebudak bersukan ni. Ada yang menangis sebab tak tahu. Ada yang separuh jalan je lepas tu dok lama kat situ sampai cikgu dia datang temankan baru dia sambung balik main. Macam-macam aksi yang melucukan.


Aizat yang sedang standby di khemah rumah biru menanti giliran untuk beraksi. Seriousnye muke budak nie.


Akmal pon bersama rakan-rakan sepasukan yang sedang menanti acara mereka. Masa tengah tunggu giliran Akmal memang tak henti bergurau dan berceloteh dengan kengkawannya.


Dak Nizar nie pon sibuk jer nak berposing sambil pegang payung. Bergaya dengan kopiah abang Aizat.








Aku tak tunggu sampai acara habis. Lepas anak-anak aku habis giliran aku terus bawak mereka pulang almaklum Nizar dah lembik kepenatan dan cuaca yang panas buat aku tak betah untuk tunggu sampai acara habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan