Khamis, September 08, 2011

Demi Masa Depan...


Waktu ini masa nak pergi kerja , Akmal masih sempat lagi di ajar oleh "private teacher" . Akmal dah tak ke sekolah tadika lagi. Ayah dah stop kan pembelajaran Akmal di sekolah tadika. Ayah tak puashati dengan tahap pembelajaran Akmal. So Ayah ambil keputusan upah private teacher untuk ajar Akmal seorang. Sampai jer rumah lepas Ayah ambil Akmal dari rumah babysitter terus Akmal kena duduk mengadap buku, study. Private teacher tu adalah Ayah sendiri. Nasib baik Ayah ko cikgu Akmal dan memang partime ajar private tutition kat rumah orang. So tak yah ler Mama nak spend duit cari cikgu tuition untuk ajar Akmal Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya. Nanti tahun hadapan Akmal boleh ikut Ayah gi tuition sekali. Sambil ajar anak orang Ayah leh ajar Akmal sekali. Masak ler ko tiap ari ikut Ayah gi tuition. Kalau tak pandai bukan salah Mama mengandung tapi salah Ayah mengajar. Ngeh...

Dalam perjalanan nak amik Mama pun Akmal kena belajar. Maksudnya dalam kereta, Akmal kena belajar. Memandangkan Ayah busy bila ada masa terluang Ayah akan suruh Akmal belajar walaupun dalam kereta.



Akmal hanya ditekankan dengan Bahasa Melayu dan Matematik saja buat masa ini. Nanti kalau Akmal dah okey Mama panggil private teacher ajar Bahasa Inggeris pulak. Untuk Bahasa Inggeris kena ler cari orang lain sebab Ayah tak boleh ajar. Begitu juga dengan Pendidikan Islam.

Insyallah tahun hadapan seorang Ustaz akan ajar Akmal fardhu ain. Mama dan Ayah dah sepakat tak nak hantar Akmal ke seolah agama disebabkan tak nak Akmal tak cukup masa dan terkejar-kejar. So kami mengambil keputusan untuk mengupah seorang Ustaz mengajar Akmal di rumah. Tak perlah Mama & Ayah kena spend lebih sikit yang penting Akmal tak penat terkejar sana-sini macam Mama masa kecik-kecik. Penat tau. Tahun nie Ustaz ajar Akmal mengaji saja. Tahun hadapan baru mula belajar fardhu ain dan tulisan jawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan