Rabu, Disember 07, 2011

Malaysia PRIHATIN

Ahad lepas (4 Disember 2011) aku sekeluarga telah meluangkan masa memberi sokongan moral pada pasukan Bola Keranjang Kerusi Roda.


Perlawanan tersebut diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sesekali luangkan masa untuk memeriahkan sukan orang kelainan upaya (OKU)dan menimba pengalaman baru. Aku sekeluarga pergi atas tiket sukarelawan Malaysia PRIHATIN, sebuah pertubuhan sukarelawan naugan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri.



Kami sekeluarga bergambar bersama Tun Jeanne Abdullah.





Ayah sedang mencuba bermain bola keranjang sambil duduk di atas kerusi roda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan