Jumaat, Mei 04, 2012

Kerna Dia...

Sepatutnya aku sekeluarga sedang berada di Kota Kinabalu hingga hari Selasa depan. Tapi aku dan suami telah mengambil keputusan untuk membatalkan percutian kami disebabkan keadaan aku yang tak mengizinkan. Atas nasihat Doktor, aku tak dibenarkan menaiki kapalterbang buat sementara waktu hingga kandungan aku mencecah usia 4 bulan.

Demi keselamatan kandungan aku yang dah mencecah usia 11 minggu, percutian yang lama telah dirancang di batalakan dan tiket kapal terbang yang telah di beli terpaksa "burn" gitu jer.

Percutian aku keBbandung pada bulan tujuh nie pun besar kemungkinan juga di batalkan waluapun tiket sudah di beli jugak.

Anak-anak Mama dan Ayah jangan sedih yea. Next year, InsyaAllah kita pergi bercuti yea.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan