Rabu, Ogos 25, 2010

Ikut Mama ke Opis


Akmal & Aizat

Sabtu lepas (21/08/2010, aku telah mengheret anak-anak aku ke opis. Memandangkan aku mendapat arahan dari bos aku last minutes untuk menyaipkan new task, so aku terpaksa ler heret anak-anak aku ke opis. Nurseri anak-anak aku buka hari tu tapi sebab aku dah promise kat anak-anak aku yang dorang tak perlu pergi nurseri hari Sabtu so aku tak sampai hati pulak nak hantar derang. Anak-anak aku dah happy sebab tak payah pergi nurseri hari Sabtu and Ahad. Aku tak naklah spoil kan keceriaan dorang. So pilihan terakhir aku pun bawak anak-anak ke opis. Lagipon, hari tu opis aku tak ada siapa hanya aku dan sorang lagi opis mate aku yang kena tolong aku.

Huhuhu... punya seronok Akmal bila tau dapat ikut aku pergi opis. Berkali-kali dia tanya macam tak percaya. Malam Sabtu tu dia sibuk bersihkan botol air dia nak bawak bekal air gi opis aku. Macam kat opis aku tak ada air nak minum. Bila kat opis aku punyalah seronok dua beradik tu. Bersepah bilik aku anak-anak aku kerjakan. Bila Akmal tengok aku buat kerja baru dia tahu macam mana aku bekerja nak cari duit untuk dia dan adik-adik dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan