Isnin, September 20, 2010

Entri-entri yang Tertangguh

Hari nie aku nak menghupdate segala bagai cerita dari bulan posa sampai ker raya.
Nie memang tertangguh yang amat. Entri kali nie tak ada gambor untuk menceriakan cerita aku yea. Memandangkan USB aku rosak so aku tak boleh nak upload gambar-gambar yang telah disnap. Kalau aku dah dapat pengganti USB aku nanti aku upload yea.

Tahun nie dengan bangganya aku nak mewar-warkan yang kat umah aku tak ada beskut raya tunjuk. Semuanya hasil air tangan ku. Ngeh...ngeh..ngeh.... Aku buat biskut tart nenas, coklat chip, frambozen kenari dan coklat almond slices. Aku dibantu oleh dua (2) ahli pengakap muda, Akmal & Aizat. Kalau nak rasa air tangan ku mai ler raya umah aku.




Tahun ni aku beraya ke Negeri Sembilan, rumah MIL. Meriah ler kalau dah semua berkumpul. Lagi best tahun nie ada acara pertandingan mewarna dan sukaneka untuk kanak-kanak yang di anjurkan oleh SIL aku. Pertandingan memancing dan kuiz untuk orang dewasa. Ok ler jugak hadiahnya hamper dan juga penginapan di Glory Beach Resort. Akmal memenangi pertandingan mewarna peringkat pra-sekolah. Suka betul Akmal dapat hamper dan raket badminton. Nanti Mama upload gambar Akmal yea bila Mama dah beli USB or bluetooth.Orang lain sibuk beraya tapi keluarga aku sebelah mertua sibuk masuk pertandingan. Hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan