Isnin, Januari 03, 2011

1.1.11@Majlis Kesyukuran & Tahlil

Alhamdullilah aku dan keluarga masih berada di dunia bersama-sama menyambut tahun baru dan lebih bermakna tahun baru kali ini kami menyambutnya dengan membuat majlis kesyukuran dan tahlil.
Walaupun tak sebesar mana majlisnya tapi setiap doa yang di baca dan di aminkan oleh tetamu amat bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih yang tak terhingga pada yang sudi hadir dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Hanya jamuan kecil dan cenderahati penghargaan yang tak seberapa yang dapat kami sekeluarga berikan. Walaupun tak memadai cenderahati penghargaan dibanding dengan doa ikhlas dari tetamu tetapi itu saja yang dapat kami berikan.
Ampun dan maaf andai disepanjang majlis layanan yang diberikan oleh kami sekeluarga banyak kekurangan. Pada tetamu yang tidak dapat kami hantar hingga ke pintu kereta maaf yea kerana tak terlayan dek sibuk melayan tetamu yang lain yang masih ada di rumah.


Appreciation doorgift for the guest. Pulut kuning, home made chocolate, 2 biji apam pecah & plate with stand in the paper bag. 100 paper bags yang dibuat dan habis diberi kepada semua tetamu. Kepada yang tak dapat maaf yea, tak sangka pulak ramai yang menyerang rumah akhak.

Gambar lain masa majlis sedang berjalan tak sempat amik sebab sibuk sangat. Dalam dan luar rumah dari depan ke belakang penuh dengan tetamu sampai tak tau nak layan yang mana dulu. Hopefully tetamu yang hadir tak serik datang rumah kami:)

2 ulasan:

  1. kak, sorry sgt2 tak dpt datang aritu.. aku full dengan jemputan la kak.. sorry k..

    BalasPadam