Selasa, Oktober 18, 2011

Makna Lafaz Nikah


"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."

Bunyi mcm senang? Nah ni makna sebenarnya..


"Aku tanggung dosa-dosa isteriku dari ibubapanya,apa saja dosa yang isteriku buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bukan lagi ibubapa isteriku...

Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal maka aku fasik ,dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah..."

by: Ustaz Zamri


A good thing is best to share...:)


Baru ku tahu makna sebenar lafaz nikah itu. Sungguh berat tanggungan Ayah. Mama harap bukan dosa Mama menjadi kayu pembayar di neraka. Aku harap boleh terus mengingatkan diriku selalu jaga aurat, sembahyang lima waktu dan jangan derhaka kerana setiap perbuatan salah aku bukan saja dosa dicatat padaku tapi pada suamiku. Mama juga tak mau Ayah jadi fasik, dayus kerana dosa Mama.


Actually, masa baru kahwin Ayah ada cakap setiap apa yang Mama buat semuanya Ayah pun tanggung so cuba jaga segala yang dilarang Allah sebab Ayah tak larat nak tanggung banyak dosa, dosa Ayah sendiri , dosa Mama lagi. Masa tu Mama tak berapa paham. Now, I understand. Apa maknanya dan apa makna sayang... Kalau benar sayang Ayah jadilah isteri yang bukan menambah dosa Ayah.


Belajar untuk merubah menjadi lebih baik pada setiap masa.


Dan pada seorang Mama yang punya anak lelaki kesemuanya, ingat anak-anak ku tanggunjawab anak-anak terlalu besar bila dewasa dan bergelar suami dan bapa. Fuh! satu cabaran untuk mendidik anak-anak menjadi seorang SOLEH. Doa Mama moga anak-anak Mama bertemu jodoh dengan seorang wanita yang membawa ke syurga bukan menjadi kayu pembakar di neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan