Selasa, Oktober 25, 2011

Peristiw Itu...

Diam tak diam genap setahun kejadian itu berlaku. Tapi aku masih trauma bila melihat tong gas. Kalau aku nampak lori bawak tong gas di jalanraya pun aku rasa macam ada rerama berterbangan dalam perut aku. Sampai sekarang aku masih belum boleh menggunakan dapur gas. Aku masih setia dengan dapur elektrik ku.

Hari ini yang tinggal hanya parut dilengan kiriku dari pergelangan tangan hingga ke siku. Alhamdullilah tak ada parut di wajah aku. Walaupun agak teruk muka aku masa kejadaian tu. Rambut bahagian depan dah mula panjang. Bulu mata dan keningmengambil masa 6 bulan untuk tumbuh seperti sediakala. Fizikal aku dah pulih tapi emosi aku yang tak pulih lagi.





Ini rupa kau selepas 2 hari kejadian. Nizar langsung tak nak dengan Mama masa ni. Aku pun tiap kali bangun pagi mesti terkejut bila pandang cermin. Serius.




Gambar terbaru aku. Lucky aku masih boleh tersenyum. Mintak dijauhkan oleh Allah dari perkara buruk menimpa diri aku lagi. Begitu jugak dengan keluarga aku, dijauhkan dari perkara buruk. Gambar ini dimabil minggu lepas sewaktu kebosanan melanda diri. Lokasi penggambaran di opis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan