Rabu, Disember 29, 2010

Bizi, Huru Hara & Sedih

Hari ini aku baru berkesempatan mengupdate blog aku. Just nak membebel pasal minggu lepas yang memenatkan, bizi dan menyedihkan campur huru hara.

Bizi sangat sebab tergesa-gesa pulang dari kerja untuk singgah ke HSI melawat Papa yang menjadi pesakit di HSI. Sedih bila diberitahu Papa ada lung cancer :(
Hari Jumaat Doktor benarkan Papa pulang ke rumah sebab Papa menolak untuk di operat pada hari itu. Papa nak cuba rawatan tradisional. Hari Sabtu bergegas bawa Papa ke Melaka menjalankan rawatan tradisional. Papa di operat secara batin oleh tukang ubat.
Untuk mengetahui berjaya atau tidak kena tunggu 7.2.2011 sebab Papa ada appointment di HSI dan akan di x-ray. Hopefully segalanya selamat. Amin.

Huru hara sebab semua adik beradik ku pulang untuk melawat Papa dan berkampung di rumah. Hari Ahad petang semua berangkat pulang dan aku memulakan operasi mengemas rumah. Malam aku kepenatan dan keletihan. Tidur terbongkang. Segala perancangan mengedik dan bergembira di hari minggu dibatalkan kerana mengutamakan isu kekeluargaan. Memandangkan terlalu kelam kabut maka no pix, tak sempat nak bergambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan