Rabu, Ogos 03, 2011

Puasa & Berbuka

2 Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan nie aku dapat pulang awal. Jam 4.00 petang warga kerja DDC dah boleh pulang ke rumah. So sempat ler aku memasak juadah berbuka puasa untuk keluarga aku yea.



Ikan siakap masak stim. Macam lauk aku masa dalam pantang bersalin. Hehehe...



Sambal udang. Kesian Akmal & Aizat kena makan udang pedas sebab aku terlupa goreng udang untuk mereka.



Sayur campur goreng. Selalunya aku jer yang makan sayur. Anak-anak aku sangat susah nak makan sayur.



Kuih kegemaran Ayah. Aku tak tau nama kuih nie yea. Diperbuat dari tepung pulut. Kat dalam ada inti kelapa. Kuah dari santan pekat.

Selamat Berbuka Puasa 8)

1 ulasan: