Isnin, Ogos 15, 2011

Berbuka @My Place With BFF

8hb Ogos 2011, BFF aku datang rumah untuk berbuka puasa bersama. Kami berkawan sejak sekolah menengah lagi. Actually, BFF aku yang bernama Nurmelfa Rozaimah atau dipanggil Effa dah lama tak balik tanahair sejak berhijrah ke London. Last aku jumpa dia sekitar tahun 2000 gitu. Tahun 2001 dia berhijrah ke London dan bertemu jodoh dengan orang Italy. Menetap ler dia kat London.


Effa, Hasis dan aku ler. Masa nak amik gambar nie punya kecoh. Effa asyik tak puas hati sebab gambar dia gelap sebelah disebabkan pencahayaan yang tak best. Berkali-kali amik gambar bertiga, ponat omak.



Mia, Akmal & Aizat. Mia anak sulung Effa. Isk... suke ati aje budak Mia nie dok macam apek kalah judi.



Mia, Akmal, Vito & Aizat. Masa nie lepas abis makan. Lepas penat mengecah kat atas rumah, turun bawah tengok TV pulak.



Masa tengah berbuka puasa. Kanak-kanak diasingkan dari orang dewasa. Kanak-kanak kena makan kat dapur.



Orang dewasa makan kat depan. Nie tengah tunggu waktu berbuka. Masih sibuk dok berbual atau lebih tepat lagi masih sempat mengumpat.



Antara juadah yang aku hidangkan pada hari itu. Ada yang aku masak dan ada yang aku beli di bazar Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan