Khamis, Ogos 04, 2011

Puasa & Berbuka

3 Ramadhan

Kejap jer kan masa berlalu dah selesai 3 hari berpuasa. Semalam aku masak lauk yang mudah. Aku masak kari. Masak kari nie senang dan menjimatkan masa sebab boleh letak sayur sekali. So tak yah nak masak sayur. Jimat masa.


Kari ayam, kentang dan bendi. Kalau aku tengah malas memang aku akan masak lauk yang aku leh letak segalanya so aku tak yang nak masak ikan atau ayam lain masakan dengan sayur.



Sambal belacan untuk Ayah. Hari ini terlebih sangat cili padi nya. So aku tak leh tumpang sekaki.



Kalau aku masak kari, aku mesti kena masak telur masin atau ikan masin sekali. Itu permintaan En. Ayah yea.



Karipap sardin gergasi. Tak comel langsung dan tak menarik. Tapi rasa dia masih sedap. Hasil dari nak cepat sebab jam dah menunjukkan pukul 6.15pm. So inilah hasil kerja yang asal siap leh makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan