Khamis, September 06, 2012

I'm 7 month

Semalam genap 7 bulan aku mengandungkan anak aku yang ke 5. Huh diam tak diam dah 7 bulan aku bawak bersama baby dalam rahim aku. Sekarang ni baru aku rasa berat badan aku. Nak gerak pun dah susah sikit. Nak sembahyang lagi ler, terkial-kial aku di buatnye masa nak bangun lepas sujud.
 
Dan soalan yang orang suka tanya aku, dah scan lom ? girl or boy?
Dan jawapan aku pada soalan tu, dari 6 weeks dah scan. Tak kosa nak tanya doctor jantina baby sebab tak kisah sangat boy or girl. Aku nak baby bukan kerana jantina nya tapi sebab aku nak zuriat dari darah daging sendiri. Kalau nak baby sebab jantina baik aku ambil anak angkat dan boleh pilih jantina mana yang aku nak ambil.
 
Selalu kalau jumpa doctor apa yang di tanya baby membesar seperti sepatutnya ker, sebab perut aku kali nie tak besar sangat so sangat takut baby tak membesar dan berat badan aku naik pun sikit sangat. Kekadang tak naik langsung tapi turun ada ler. Tapi alhamdullilah, berat badan baby meningkat naik dan panjang baby seperti yang sepatutnya.
 
Hopefully kali ni aku mudah bersalin seperti sebelumnya :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan