Selasa, Julai 19, 2011

Yeah! Berjaya Juga...

Sebenaranya ta de apa sangat ler kan yang aku berjaya nie. Tapi aku excited ler jugak sebab sebelum nie dok tengok orang jer. Bila tengok orang aku pun macam teringin kan tapi tak pandai. So dipendekkan aku pun beli jugak ler dan cuba ler lepas ditunjuk ajar oleh opismate aku.


Hah gini ler hasil pertama aku memakai shawl. Menjadi jugak ler. Ingat susah sangat kan rupanya tak pun. Aku ingat kena guna banyak pin dan brooch rupanya cukup satu brooch.

Tapi Akmal tak suka aku pakai shawl. Dia cakap pelik tudung Mama nie. Akmal memang paling rajin dan suka mengomen setiap pakaian yang aku pakai. Kadang-kadang dia bagi idea suruh aku pakai baju itu ini dan aksesori itu ini. Tapi dia kalau aku saja cakap keluar rumah tak nak pakai tudung, mau mengamuk dia sampai nangis-nangis. Dia cakap "Malu ler Akmal Mama tak pakai tudung". Pulak dah. Macam dia tahu jer kenapa kena pakai tudung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan