Jumaat, Julai 08, 2011

Percutian di Bawah Bayu

1.7.2011 kami sekeluarga bercuti ke Sabah. Sebenarnya anak-anak aku yang beria-ia minta nak naik kapal terbang sebab tak pernah naik. So nak memenuhi permintaan Akmal & Aizat aku dan suami telah mengambil keputusan umtuk ke Sabah. Mula-mula ingat nak pergi ke Bali tapi suami aku risau sebab bawak anak-anak so pergi dalam Malaysia saja yea. Dan satu lagi suami aku cakap pergi Bali tak boleh bawak anak tapi buat anak. Hah gitu ker.

Kami tiba di Sabah pukul 8.40 malam dan hujan menyambut ketibaan kami sekeluarga. Dok melangut kejap kat airport tunggu kereta sewa. Kereta sewa sampai tterus kami cari tempat makan. Kat Sabah nie kalau nak makan seafood memang murah giler. Lobster yang kat sini harganya RM200 kat sana boleh dapat bawah RM50.






Sejenis rumpai air yang aku tak pernah jumpa sebelum ini. Aku nak cuba. Rasa rumpai air nie masin. Bila makan dengan nasi sedap.














Ini ikan kerapu merah a.k.a kerapu bara. Kalau kat sini 1kg dalam RM40. Tapi kat sana RM35 seekor siap masak.


Ini lah seafood yang aku sekeluarga pilih. Ikan kerapu merah, ketam, sotong ada dua cucuk, udang dan juga rumpai air. Harga semuanya RM80.

Nanti aku cerita perjalanan kami ke Kundasang untuk melihat Gunung Kinabalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan