Jumaat, Julai 22, 2011

Ikan Koi

Akhirnya hasrat hati Ayah untuk bela ikan ikan koi dalam kolam terlaksana. Memandangkan Akmal, Aizat & Nizar dah tak minat sangat mandi dalam kolam (dah hilang teruja derang kat kolam tu) so dapatlah Ayah lepaskan ikan-ikan koi. Sebenarnya kolam tu di bina untuk bela ikan koi tapi bila dah siap Akmal & Aizat nak mandi dan tak bagi letak ikan. (Nizar tak lahir lagi yea masa kejadian ini berlaku). Ayah kena lah mengalah dan menangguhkan hasrat hatinya. Sekarang bukan ikan koi aje ada, ikan lampan dan kaloi pun ada. Satu lagi ikan Mama lupa ler nama dia. Ikan selain dari ikan koi itu dibela untuk di makan yea.


Ikan-ikan nie kecil lagi. Kalau beli yang besar mau rabak kocek Ayah. Lagi tiga bulan besar ler ikan-ikan nie.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan