Pemandangan semasa perjalanan ke Kundasang. Pantai Tanjung Rhu yang terkenal di Sabah.
Dua budak yang sudah bosan dan mintak di ambil gambar. Perjalanan ke Kundansang mengambil masa dalam 1 jam 45 minit.
Perjalanan kami di meriahkan lagi dengan pemandangan pelajar-pelajar sekolah yang sedang berlari untuk acara Larian 1Mlalaysia pada hari itu.
Ini kami dah memulakan perjalanan yang berpusing-pusing seperti roller coster. Tapi pemandangan ke atas cantik sangat. Bila lihat keluar nampak banjaran Crocker yang masih berkabus tebal.
Kabus yang tebal membuatkan pemandangan di hadapan kurang jelas. Hati-hati yea Ayah.
Kelihatan Gunung Kinabalu dalam perjalanan kami. Cantik sangat
Berhenti di Pekan Nabalu untuk membeli hasil kraf penduduk di situ.
Ayah, Akmal & Aizat bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Ayah sedang membeli cenderahati di Gerai Kraftangan di Pekan Nabalu. Cantik-cantik hasil kraf mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan