Khamis, Julai 14, 2011

Botak

Saya dah botak. Ayah telah membotakkan kepala saya. Masa tukang gunting membotakkan kepala saya, saya menangis ketakutan. Saya takut tak comel. Mama tak ada di sisi saya untuk menyelamatkan saya dari hilang kecomelan saya di ragut oleh tukang gunting rambut. Ayah pujuk saya. Saya masih lagi tak berhenti nangis.


Comel lagi tak saya? Ayah cakap saya comel (tu nak pujuk saya ler tu macam tak tau). Bila sampai rumah Mama pun cakap saya comel. Senyum-senyum saya suke. Perasan sekejap.



Nielah kepala botak saya. Gambar ini di ambil oleh Mama saya sewaktu saya sedang bermain di restoran McD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan