Rabu, Mac 17, 2010

Tentang kisahputeri34.blogspot.com

Blog ni dibina untuk menceritakan perjalanan kehidupan aku sekeluarga untuk tatapan anak-anakku bila mereka dewasa nanti. Bila mereka dah dewasa mereka tau ler cerita zaman kecik-kecik mereka tanpa aku perlu ceritakan balik cerita mereka. Korang nak tau cerita korang mase kecik bukak aje blog baca ler, ada gambor lagi. Lebih-lebih lagi Nizar yang baru berusia 3+bulan, bolehlah dia tau certa dia sejak bayi lagi.

Kat sini tak ada cerita lain selain cerita tentang aku sekeluarga. Jadi pada yang nak tau cerita tentang politik ker, gosip terkini artis ker, tentang cuaca ker, u got a wrong blog. Sila layari blog lain yea sebab disini tiada cerita lain selain aku, suamiku dan anak-anak. Diulang sekali lagi tujuan utama blog ini dibina hanya untuk mengabadikan cerita perjalanan kami seharian.

Nama blog ni pun dah menggambarkan kisah kami sekeluarga. 'Puteri' di ambil sempena nama taman perumahan dan nama jalan yang kami duduki iaitu Taman Puteri Wangsa, Jalan Puteri.... Nombor '34' pulak adalah nombor rumah kami. Maka terciptalah nama kisahputeri34.

1 ulasan: