Khamis, Mac 25, 2010

Gemok vs Langsing (siri ke2)


RxLite dalam shaker


Setelah seminggu aku mengambil minuman RxLite aku telah berjaya mengurangkan berat badan ku sebanyak 7 kg. Wah! bestnye sekarang badan aku berada dalam BMI yang ideal. Sekarang berat aku 61kg. Aku nak turunkan sampai 55kg. lepas tu boleh ler aku maintain.

Sejak hari Khamis lepas setelah RxLite sampai ke tangan aku, tanpa berlengah lagi aku pun terus minum sepekat. Sehari aku ambil 3 pekat, pagi, tengahari dan malam sebab BMI aku dalam kategori overweight iaitu 26. Hari ini BMI aku dalam kategori ideal so boleh ler aku kurangkan 2 peket sehari.

Menu aku selama seminggu nie; sarapan pagi dengan secawan RxLite dan oat. Snek pagi biskut 3 keping atau roti sekeping dua. Tengahari pulak Rxlite, ayam dan sayuran. Snek petang biskut/oat/buah. Malam aku ambil RxLite, roti/oat/bihun semangkuk kecil dan buah. Kalau rasa lapar tengah malam aku minum susu low fat. Aku juga tak lupa bersenam selama 15-20 minit sehari. Juga aku minum air kosong dalam kuantiti yang banyak untuk melancarkan proses pembuangan toksin dan lemak dalam badan aku.

Aku harap minggu kedua nie ada lagi pengurangan berat badan aku. Good Luck to me again.

Antara menu yang aku makan semasa diet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan