Khamis, Mac 18, 2010

Gemok vs Langsing

Hari nie bermula kembali program dietku. Barang yang ku pesan telah tiba untuk membantu aku dalam proses menguruskan badan. Sekarang badan aku 70kg. Selepas bersalinkan Nizar, anak ketigaku badan aku tak turun-turun. Puas aku berdiet tapi tak turun pun berat badan aku walau sekilo. Aku nak cuba pulak produk pelangsingan badan, RxLite. Hopefully, produk ni dapat membantu usaha aku untuk kuruskan badan aku.



Barang yang ku tunggu-tunggu akhirnya tiba.


Tak tahan aku tengok orang yang langsing. Terkenang-kenang zaman aku langsing dan boleh muat apa saja fesyen baju. Sekarang nie banyak baju aku bila nak pakai sendatnya sampai nak bernafas pun susah. Wah! ini tak boleh jadi aku mesti dapat balik berat badan ideal aku 55kg. Aku kena turunkan 15kg. Sebelum mengandungkan Nizar badan aku 58kg. Bila lepas bersalin berat aku jadi 70kg. Nizar telah meninggalkan babat lemak sebanyak 12kg untuk Mama dia bawa ke sana ke mari.

Satu lagi sejak berat aku naik nie aku rasa bila nak bangun balik dari duduk , mak ai punya ler susah. Macam berat gitu, macam alah-alah pompuan ngandung, terkial-kial nak bangun. Bila jalan pun rase punggung cam tertinggal kat belakang.Baru aku rase cam ner kalau mempunyai berat badan terlebih nie. Isk...payah gitu.

Semoga usaha aku untuk berdiet berjaya hingga mencapai target aku bukan separuh jalan saja. Good Luck For Me...

2 ulasan: