Jumaat, Mac 12, 2010

Happy Birthday My Dear Akmal Safar

Happy Birthday To Akmal. Hari ini besday anak pertama ku Akmal yang kelima. Sedar tak sedar dah lima tahun anak sulongku. Lima tahun dulu pada tarikh yang sama aku selamat melahirkan anak sulungku tepat jam 12.35 p.m. selepas setengah jam aku berhempas pulas meneran untuk melahirkann dia. kalau ikut kalendar islam Akmal lahir pada 1 Safar sebab tu ler namanya Akmal Safar. Senang jer aku dan suami aku letak nama anak. Paling penting maknanya bagus. Betul tak Ayah. Teringat Mama kata-kata Ayah, " untuk kita didik anak kita untuk jadi anak yang baik belum pasti hasilnya tapi untuk beri nama anak yang baik kita pasti boleh." Gitu ler lebih kurang kata-kata Ayah yang Mama ingat.


Akmal ketika berusia sebulan





Akmal hari ini yang berusia 5 tahun

Kek birthday Akmal belum ada lagi. Hari ini kita pergi beli bersama okay... Akmal bagitau dia nak kek ada pix X-Men. So, Ayah where we have to buy our son birthday cake? Emm... Mama buat jerlah,boleh. Kalau nak Mama buat maknanya esok ler. Hari ini tak sempat rasanya. Akmal, kita tangguh dulu acara potong kek. Jangan mare yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan